Thursday, 7 February 2013

DVD LUCAH, TILIK NASIB DAN LAMBANG SALIB DI MASJID DI PULAU PINANG.....

DVD lucah dekat masjid

Beberapa pengguna Lebuh Acheh di sini tidak berpuas hati gara-gara adanya cakera padat digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di situ.

Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja. Apa yang lebih tidak sopannya adalah apabila para peniaga tersebut adalah orang Melayu.


Bukan hanya DVD lucah malah di situ juga terdapat 'bomoh misteri' yang menjalankan kegiatan 'tilikan' atau ramalan terhadap orang Islam berserta bacaan doa yang agak meragukan. Malahan banyak juga barangan misteri yang meragukan turut dijual di pasar tersebut.

Sinar Harian pernah melaporkan sebelum ini bahawa penduduk Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau pasar misteri yang terletak di situ..

Blog MMI pula melaporkan salah seorang teman beliau sewaktu  ingin menunaikan solat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang terlihat lambang salib di dalam masjid.Walaupun isunya hanyalah logo mahupun gambar yang terdapat pada baju si pemakainya tetapi dari sudut sensitiviti kita sebagai orang Islam ianya amat memalukan.


*** Peka kah kita dengan hal-hal sebegini  ?

No comments:

Post a Comment