Thursday, 7 February 2013

DIKUBURKAN HIDUP-HIDUP..... HUKUMAN TIDAK BUAT KERJA SEKOLAH....!!!

Hiasan

Beijing  :  Benar-benar kejam! Seorang ayah sanggup  membunuh anak kandungnya sendiri hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun tersebut  dipukul dan dikubur hidup-hidup oleh ayahnya sendiri.

Insiden yang terjadi di Yunnan, China, ini dibuat oleh ayah kerana anak tersebut berbohong  ketika ditanya apakah ada kerja sekolah dari gurunya ketika di sekolah. Padahal anaknya baru belajar di TADIKA....!!!
Mengetahui dirinya dibohongi oleh anaknya, lelaki berusia 28 tahun tersebut terus naik angin dan memukul anak malang tersebut beberapa kali. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga memukul kepala anaknya dengan batu hingga jatuh pengsan.

Walaupun anaknya pengsan tetapi lelaki itu tidak segera membawa anak ke klinik atau hospital, bahkan turut mengugut 3 orang anaknya yang lain yang melihat kejadian tersebut, untuk tidak memberitahu kepada sesiapa pun.

Si ayah kemudian menguburkan anaknya yang pengsan tersebut di bukit belakang rumahnya. Demikian seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Kekejaman akhirnya terbongkar....tiga hari setelah kejadian, lelaki kejam itu akhirnya ditangkap polis apabila kejadian itu dilaporkan oleh ayahnya (datuk mangsa) sendiri. Sayangnya, anak malang tersebut ditemukan dalam keadaan telah meninggal dan ketiga-tiga anaknya yang masih hidup kini tinggal bersama datuknya dan akan mendapat kaunseling psikologis akibat kejadian itu..... 


No comments:

Post a Comment