Friday, 4 January 2013

( VIDEO ) - PADAH ROGOL BINI ORANG... AHLI POLITIK KERAJAAN DIBELASAH WANITA PENDUDUK TEMPATAN....!!!


Foto yang memperlihatkan seorang ahli Politik terkemuka negara itu dipukul penduduk desa setelah ia disyaki memperkosa seorang perempuan pada pukul 2 pagi pada Khamis kelmarin.

Jangan fikir, anda seorang berpengaruh, anda boleh buat apa sahaja yang anda suka. Jangan fikir, nafsu yang serakah itu menghalalkan segala perbuatan keji........!!!

NEW DELHI - Kes rogol baru menggoncang India. Sejumlah foto telah beredar yang memperlihatkan seorang ahli politik terkemuka negara itu dipukul warga desa setelah ahli politik itu diduga memperkosa seorang perempuan di rumah perempuan itu pada pukul 2 pagi.

Ahli parlimen daerah Assam dari Parti Kongres yang berkuasa, Bikram Singh Brahma, disyaki telah memperkosa seorang perempuan di Desa Santipura di Daerah Assam Chirang sebelum ditangkap penduduk kampung, Khamis (3/1/2012).

Kes itu merupakan jenayah seksual baru yang menggegarkan India. Negara itu tengah tergoncang oleh kes rogol terhadap seorang mahasiswi berusia 23 tahun yang akhirnya meninggal kerana luka-luka yang dideritanya dalam pemerkosaan itu. Ia diperkosa sekumpulan orang di atas bus yang melaju di ibu kota India, New Delhi, dan kemudian dilemparkan dalam keadaan bogel dari atas bus. Lima orang suspek kini menghadapi proses mahkamah.

"Orang-orang membunyikan alarm semalam selepas pemimpin Parti Kongres Bikram Singh Brahma diduga telah memperkosa seorang wanita," kata Inspektor Polis wilayah Chirang, Kumar Sanjeev Krishna, kepada Chronicle Deccan, seperti dikutip Daily Mail.

Politik itu dilaporkan tengah melawat Desa Santipur, di sempadan Bhutan, ketika ia memasuki rumah seorang perempuan dan memerkosanya. Brahma kemudian dipukul para lelaki dan perempuan warga desa dan merobek pakaiannya. Ia kemudian diserahkan kepada polis dan polis menahannya. Demikian kata Inspektor Krishna.

Chief Minister Tarun gogoi mengatakan, siapa pun yang dinyatakan bersalah atas jenayah keji itu tidak akan terlepas, apakah dia ahli kongres atau bukan. "Itu merupakan tindakan yang terkutuk. Siapa pun yang melakukan pemerkosaan atau mengupayakan hal itu harus diberikan hukuman yang keras," katanya.

Pemimpin Parti Kongres Digvijay Singh berkata, jika Brahma dinyatakan bersalah, dia akan dikeluarkan dari parti itu.

Sementara itu, sekumpulan lelaki India yang dituduh memperkosa seorang perempuan 23 tahun, Khamis kemarin, diungsikan dari mahkamah di tengah kebimbangan akan keganasan massa. Lima orang telah secara rasmi didakwa atas perkosaan dan pembunuhan terhadap mahasiswi fisioterapi itu, termasuk seorang remaja yang diduga telah merobek usus mangsa.

Harian The Hindustan Times melaporkan, fail tuntutan menyatakan si remaja itu merosakkan organ tubuh mangsa dengan tangannya, kemudian memerkosanya dua kali apabila gadis itu tidak sedarkan diri. Harian itu juga melaporkan, remaja itu mencadangkan gadis tersebut dilemparkan dalam keadaan bogel dari bus.

Sidang kes itu akan diadakan di mahkamah jalur cepat dan akan bermula Sabtu besok. "Dari semua orang di dalam bas, dua orang telah terlibat dalam aksi barbarisme, iaitu Ram Singh, tertuduh utama dalam kes itu, dan orang yang masih remaja itu," kata seorang pegawai polis, lapor The Hindustan Times.

Ayah gadis itu telah menyeru hukum gantung bagi mereka yang bertanggung jawab. "Hukuman mati pantas untuk kejahatan sebesar itu," kata ayah gadis itu, Khamis.

* Sumber berita kompas.com / Video youtube



No comments:

Post a Comment