Friday, 4 January 2013

PENGEMIS PENIPU - ADAKAH ANDA SIMPATI...???

luka palsu

Ini kisah pengemis di China..... tapi cuba bayangkan jika pengemis-pengemis yang hidupnya gelandangan melakukan hal yang serupa itu, di Malaysia....

Pengemis-pengemis di negara China terlalu pandai untuk meraih simpati orang ramai di negara mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit.
Caranya mudah bagi mereka.
Pengemis-pengemis akan membuatkan diri mereka seolah-oleh mempunyai luka yang teruk dan berdarah banyak.
Dengan cara itu, orang ramai akan berasa kasihan dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Luka yang dilihat sangat teruk sebenarnya hanyalah dibuat-buat sahaja.
Dengan bahan-bahan yang tertentu, mereka mampu membuat luka atau kesan sakit yang teruk di kulit mereka.
Bahan-bahannnya adalah:
-    Gam
-    Pewarna merah
-    Span pencuci pinggan
-    Pencungkil gigi
-    Pengorek telinga
1.    Sapukan gam pada kulit dan dibiarkan hingga kering.
2.    Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.
3.    Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.
4.    Gam yang sudah kering di cungkil bahagian tepi dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kulit terkopek.
5.    Sapukan pewarna merah dengan pengorek telinga di bahagian yang menampakkan luka dalam.
Mudah bukan?



BP :  Hahaha... anda jangan terpedaya. Korek dulu luka tu, baru hulur sumbangan!!!

No comments:

Post a Comment