Monday, 28 January 2013

KEBIJAKSANAAN UMIE AIDA DAN KECETEKAN PEMIKIRAN ABBY ABADI......




Di kala artis lain mengambil langkah selamat dengan berdiam diri daripada memberikan sebarang komen tentang kenyataan Abby Abadi. 




Umie Aida meluahkan isi hatinya menerusi Twitter sebentar tadi. Apabila ditanya pendapatnya mengenai isu ini, Umie Aida menyatakan yang pemikiran Abby Abadi sangat cetek kerana membuat komen sebegitu.


umie aida


Abby Abadi yang membaca tulisan Umie Aida memberikan respon dengan menyatakan yang dia menyayangi rakan-rakannya termasuk Umie Aida. Bagi Abby, umat Islam sekarang sudah jauh sangat tersasar.


umie aida


Umie Aida kemudiannya membalas dengan memohon Abby tidak menggunakan saluran politik untuk membuat kenyataan sebegini.


umie aida


Sekarang ini di Twitter pun sedang kecoh dengan ada sesetengah pihak yang menyokong dan membantah cara Abby Abadi meluahkan kata-katanya. Ada yang berpendapat Abby harus memenuhkan ilmu di dada terlebih dahulu sebelum berdakwah. SUMBER

***Tak jadi masalah jika artis ingin menukar kerjaya untuk menjadi ahli politik.... terpulanglah parti haluan apa yang digemarinya... Jika nanti tercalon untuk jadi YB or Ahli Parlimen, siapa pun yang nak halang??? Tetapi berada di landasan politik bukanlah menghalalkan untuk anda mengutuk rakan-rakan artis yang pernah mejadi rakan anda dan pernah bergelumang bersama di kancah dunia lakonan..... Jangan terlalu taksub dan bangga diri...bongkak..... kononnya masuk politik PAS telah mencuci segala dosa yang pernah dilakukan... dan terus memperlekehkan rakan-rakan artis yang masih giat dalam dunia seni !!!!! Kamu manusia tak sedar diri.... Abby!!!!! Wallahu'alam....


No comments:

Post a Comment