Monday, 28 January 2013

BN BUAT PEMBANGUNAN NIK AZIZ KATA RASUAH.... PATUTLAH HUSAM JANJI PAMBANGUNAN TAPI TAK BUAT-BUAT.... KEH KEH KEH..!!!!


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.

Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas.

"Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas.

No comments:

Post a Comment