Aduiii…my head, my head….mangsa kekejaman Jepun, darah memancut keluar sebaik sahaja kepalanya dipenggal. Setiap pedang Jepun harus menikmati rasa darah supaya hikmatnya diisi.
SENJATA RAHSIA JEPUN DI SYONAN
1. Kalau ada orang yang memandang remeh tugas anggota kita yang bertugas di perbatasan negara, saya sememangnya akan cepat berkecil hati dan saya tidak segan silu membidas mereka ini, tidak kisah jika mereka ini muda atau tua.
2. Ini disebabkan saya yakin 100 peratus, lawan saya pasti akan tewas jika berdebat dengan saya dalam soal pertahanan tetapi saya akhirnya tewas juga, sekali dengan seorang budak dari Kedah.
3. Tapi kalau debat di kedai kopilah, kalau ditolak ke pentas, ampun dan maaf seribu kali, memang saya tidak sanggup kerana saya malu untuk berada di khayalak ramai dan perasaan gugup tahap 200 peratus itu memang ada.
4. Terumbu layang-layang atau Pulau Layang-layang memang topik hangat yang menjadi tarikan kepada forumer pertahanan tempatan.
5. Ia menjadi ruang lingkup perbincangan yang paling panas kerana di situlah kita ada wujud elemen pasukan khas negara disamping perhatian yang khusus ke atas pulau itu yang dirancang sejak dari 1970an lagi.
6. Sejarah penglibatan tentera kita di Pulau Layang-layang ini tidaklah saya tahu secara khusus dan saudara pembaca boleh merujuk kepada banyak blog yang ditulis oleh anggota tentera udara, laut dan darat yang pernah terlibat dengan misi-misi di Pulau Layang-layang.
7. Persoalannya mengapa kita beri tumpuan khusus dan pasa masa yang sama kita gunakan saluran diplomasi?
8. Baiklah saya mahu membawa anda semua ke Perang Dunia Kedua, apabila Jepun menyerang tanahair kita pada Disember, 1941.
9. Jika kita kaji betul-betul, apa benar rancangan Jepun menyerang tanahair bermula hanya sekadar 2-3 tahun atau 5 tahun?
10.Baru-baru ini saya melepak di kolam pancing Bandar Seri Damansara sambil menikmati ikan pelbagai jenis dengan pengkaji sejarah dari kalangan tentera dan dua sahabat saya iaitu Paskau dan blogger, GGK.
11.Kami menyentuh tentang kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu dan kalau ikut buku sejarah, Jepun datang kerana bahan mentah.
12.Tetapi apa benar kerana semata-mata bahan mentah? kerana Jepun sudah mampu untuk mendapat bekalan mentah dari negara yang mereka sudah takluk seperti di China, Manchuria, Korea, Vietnam dan Filiphina.
13.Selepas dikaji oleh researcher dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), elemen kedatangan Jepun sebenarnya sudah mula dikesan sejak dari awal 1900 an lagi iaitu 40 tahun sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua!!!!
14.Tahun 1920an dan 1930an, kedatangan mereka mula dimantapkan dengan kemasukan industri dari Jepun dan penyerapan agen-agen imperial ke dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.
15.Tahun 1940a, prasarana yang disediakan oleh industri dan agen-agen Imperial ini tiba-tiba bertukar sekelip mata menjadi senjata sokongan terhadap kemaraan tentera Jepun, kilang-kilang yang kelihatan “innocent” semasa pentadbiran British tiba-tiba bertukar sifat yang akhirnya membenam kekuasaan British ke dalam lumpur kekalahan yang memalukan.
16.Inilah strategi yang saudara pembaca harus teliti dan garapkan dalam kehidupan iaitu “PERANCANGAN STRATEGIK”, ia mungkin mengambil masa singkat dan mungkin ambil masa puluhan tahun tapi hasilnya akan membantu anak bangsa.
.....................To be cotinued
BATU AJAIB HIROHITO