Tuesday, 3 July 2012

BATU AJAIB HIROHITO


17.Melalui agen-agen ini dan perancangan rapi Jepun, Maharaja Hirohito kemudian memberi restu dan menganugerahkan tentera Imperial Jepun dengan keramat yang sudah disimpan oleh pihak istana dari generasi ke satu generasi yang kononnya merupakan azimat dari kerajaan langit (syurga).
18.Ia kemudian didatangkan ke Singapura dengan kapal milik maharaja sendiri iaitu Daian Maru yang kemudian tenggelam pada tahun 1945, sejajar dengan runtuhnya dengan empayar matahari Jepun.
19.Keramat yang saya maksudkan adalah sejanis batu ajaib yang mengeluarkan cahaya, saya tidak ingat nama batu ini tetapi dari beberapa laman web saya mendapat jawapan hanya sejurus sebelum artikel ini diterbitkan.
20.Batu keramat ini dikenali sebagai Amatsu Tatara.
21. Ia sangat berat dan keajaibannya masih misteri sehingga sekarang tetapi ia akan diletakkan dalam kuil atau Shinto dalam satu kawasan yang hari ini menjadi lokasi takungan air Mac Ritchie Reservoir di Singapura.
22.Tempoh matang baru ini menurut tuan yang empunya hikayat adalah lebih kurang 20 tahun.
23.Apabila tempoh matang batu ini sudah hampir sampai (tamat edah), Jepun pun masuk dan menyerang Tanah Melayu dan kemudian menakluk Singapura, lalu menamakan Singapura sebagai SYONAN TO atau Cahaya Timur kerana cahayanya akan menerangi seluruh dunia, cahaya yang perkasa dan ghaib.
24.Penamaan Singapura sebagai Syonan ini sebenarnya ada kaitan dengan batu tersebut dan sampai sekarang, saya difahamkan kerajaan Singapura terutama yang dalam lingkungan kalangan intelijen republik tersebut akur dan mengetahui tentang kewujudan batu tersebut.
25.Dan oleh kerana batu itu sendiri pun merupakan senjata rahsia milik tentera Imperial Jepun, tidak mustahil pihak intelijen Singapura sudah menemui batu tersebut dan menyimpannya untuk kegunaan tentera republik.
26.Jika batu itu matang, dikatakan kononnya Jepun akan terus makmur sampai bila-bila masa.
27.Malangnya batu itu tidak matang semasa Jepun menyerang, akhirnya Jepun tewas pada 1945 dan kesaktian batu itu dinikmati oleh Singapura yang merdeka sehinggalah sekarang.
28.Yelah selepas 20 tahun, batu itu matang dan katakan, ia matang pada tahun 70an, terbukti apabila Singapura terus berkembang dan menjadi gergasi ekonomi di Asia Tenggara ini.
29.Tapi hehehe, bateri pun ada expire date, mungkin selepas expired date batu itu tamat, Singapura akan jatuh merundum, walwahuallam.
Aneh, pasal yang putus ni kepala Jepun, siapa penggal siapa ni?
.........to be continued
SEBAB MISTIK JEPUN KE TANAH MELAYU

No comments:

Post a Comment