Tuesday, 3 July 2012

SEBAB MISTIK JEPUN KE TANAH MELAYU


Kepala wanita yang dipenggal tentera Jepun
SEBAB MISTIK JEPUN KE TANAH MELAYU
30.Istimewanya Tanah Melayu dengan negara lain yang dijajah oleh Jepun amat berbeza dengan keadaan di Indonesia, Filiphina atau China.
31.Di China misalnya, habis orang-orang Cina disembelih, begitu juga di Jepun, mereka membuat Holocause beramai-ramai terhadap kaum ini.
32.Ada pendapat yang menyatakan Jepun sebenarnya tertarik dengan sejarah dan mistiknya orang Melayu dan Tanah Melayu ini tetapi maaflah, saya tidak dapat mengupas soal ini.
33.Apa yang diketahui Jepun, siapa yang mengerakkan Jepun dan apa misi Jepun, hanya Allah yang Maha Kuasa juga yang tahu.
34.Adakah atas sebab-sebab mistik ini, Jepun meletakkan baju ajaib itu di Singapura (yang dikira sebagai sebahagian dari Tanah melayu ketika itu), mengapa batu ajaib itu tidak diletak di Indonesia, Filiphina tidaklah saya tahu.
35.Apabila saya bertanya pada pegawai Muzium Tentera Darat, sah beliau mengesahkan batu itu memang wujud dan agensi perisikan Singapura tahu mengenainya, yang pelik, bagi sahabat saya, cerita batu ini seolah-olah menjadi sebahagian dari Akta Rahsia Rasmi Singapura dan ia merupakan perkara yang sangat sensitif untuk diceritakan.
36.Maaf saya terpaksa hentikan cerita pasal Jepun di atas, terpulang jika anda semua mahu percaya atau tidak, saya tidak rugi apa…tetapi kalau ada sesiapa yang tahu dan ada maklumat tambahan, sila tambah-tambahkan apa yang saya tidak tahu melalui emel dan ruang komen.
MAKLUMAT YANG TIDAK BOLEH DIKONGSI
32.Menurut sahabat saya dari kalangan pasukan tentera, kedua-dua empayar iaitu Jepun dan Inggeris, walaupun selepas mereka keluar dari Tanah Melayu dan hari ini, negara bertuah ini sudah menjadi Malaysia, masih ada sejarah dan perkara sulit yang mereka sembunyikan.
33.ATM pernah meminta blueprint untuk semua struktur bangunan, kubu dan kompleks pertahanan Inggeris di Tanah Melayu tetapi malangnya, permintaan ini disambut dengan tangan yang dingin.
34.Mereka enggan berkerjasama, entah apa yang masih disembunyikan, tidaklah diketahui.
35.Di Malaysia, saban tahu dan pada musim-musim tertentu, ada sesetengah tempat dibanjiri oleh pelancong dan penyelam Jepun, mereka kemudian hilang dan tidak kembali lagi, misteri.
36.Perisik-perisik luar negara dari kalangan Amerika Syarikat dan Inggeris masih lagi masuk secara senyap ke dalam negara, bukan maklumat pertahanan yang dicari, ada maklumat lain yang kita sendiri pun tidak tahu, apa yang mereka cari.
37.Walaupun saya tahu, tetapi macam dogengan untuk dikongsi.


...........To be continued

ROH DAN TENAGA MISTIK

No comments:

Post a Comment