PM pertama Kristian
Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan
sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka
sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika
mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila
ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut
musnah.
Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13
adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang
pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah
dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat
kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia
lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu
dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.
Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan
orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai
PAS.
Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai
PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada
Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka.
Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan
Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu?
Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan
Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?
Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum
mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal
yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir
bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi
mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya.
Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13
Dari PAP Kepada DAP.
PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka
amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan
perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS
dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.
Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP)
menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi
langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi
rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah
sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita.
Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.
Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang
tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa
yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh
Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat
Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...
1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua,
Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah
mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari
luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali
PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14.
Apakah Target mereka?
2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara
bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka.
Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan
wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.
3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah
arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR
yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS.
LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan
cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas
kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9
hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di
Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.
4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua
membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya
mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di
China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi.
LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan
di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga
kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal
terbang ke Pulau Pinang.
5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.
Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam,
bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah
dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal
meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM
Kristian yang pertama di Malaysia.
Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP
mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen.
Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO
sahaja.
6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12
dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber
Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna
rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha
agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi
milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk
kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat
kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain
Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR
iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?
Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui
muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam
dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan
menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh
pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan
Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali
sekarang?).
Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........
Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
PS: ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE!!!
MELAYU ITU BANGSAKU!!!
MALAYSIA ITU NEGARAKU!!!
SUMBER : MIDDLE VOICE