Wednesday, 2 May 2012

KANAK-KANAK LELAKI 2 TAHUN HILANG SELEPAS KERETA TERBABAS KE DALAM SUNGAI


IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal hari ini.


Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan. 


Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman.

Beliau berkata ketika kejadian pada jam 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor.



"Kereta Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama



*** Setahu penulis, tidak ada Sungai Kayan di situ. Tetapi Sungai Perak. Ada selekoh di situ yang sangat hampir dengan tebing sungai tersebut. Dulu ada belukar, Sungai Perak tak kelihatan dan dirasakan masih jauh. Tapi sejak belukar di situ dibersihkan, Sungai Perak nampak sgt hampir, rasanya tak sampai 100 meter. Dan setiap kali penulis lalu-lalang di jalan itu, pasti akan berkata, jalan dh terlalu hampir dengan tebing sungai, tak ada apa2 tindakan ke?
Terkini, menurut penduduk di situ, kanak2 tersebut telah dijumpai, meninggal.



No comments:

Post a Comment