Wednesday, 2 May 2012

MISTERI PAKAIAN DALAM BERSELERAK DEPAN RUMAH..!!!

Misteri pakaian dalam depan rumah
Sarah menunjukkan laporan polis dan gambar seluar dalam yang ditaburkan lelaki misteri di hadapan rumahnya



BERCHAM – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan

coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan 

dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin. 

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan 

seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah 

dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. 

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari 

pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut 

apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas 

kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu. 

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak 

berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk 

melakukan perbuatan keji ini. 

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi 

dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia 

melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai 

Polis Bercham di sini, kelmarin. 

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada 

waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku. 

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak 

lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika 

dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan 

rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan 

penduduk.

No comments:

Post a Comment