Saturday, 7 April 2012

BILA TEMBELANG SUDAH PECAH...............


PENDEDAHAN surat persetujuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu kilang bijih besi Vale di Teluk Rubiah benar-benar membuat barisan pimpinan pembangkang tersentak.


Baca.... DI SINI


Walaupun bermati-matian cuba mempertahankan Mohammad Nizar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam, usaha itu tampak sia-sia apabila satu persatu tembelang Ketua Pembangkang itu dipecahkan.


Baca.... DI SINI .... DI SINI .... juga .... DI SINI


Lebih mengejutkan, Utusan Malaysia difahamkan, ada kalangan wakil rakyat pembangkang sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan surat berkenaan.


Pada satu ketika, pembangkang dilihat 'menggelabah' apabila cuba lari dari isu pokok dengan melontarkan perkara-perkara yang tidak relevan termasuk membangkitkan perbezaan antara 'bersetuju' dan 'meluluskan'.


''Ini tidak sepatutnya timbul kerana memang projek diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Soalnya, Mohammad Nizar sebelum ini beriya-iya membantah projek ini, sekarang sudah terbukti dia sendiri pernah bersetuju, ini satu hipokrasi," kata seorang penyokong kerajaan ketika ditemui.


Realitinya, pembangkang sudah terperangkap. Tidak hairanlah, memasuki hari kedua persidangan, tiada satu pun pemimpin pembangkang yang tampil membangkitkan perkara itu - sama ada dalam sesi soal jawab mahu pun perbahasan.


Usaha Mohammad Nizar untuk mengalihkan isu lokasi projek itu yang kononnya dicadangkan di Tanjung Hantu juga sudah tidak relevan apabila surat yang ditandatanganinya itu sudah mengambil kira pertimbangan lokasi yang dicadangkan Vale sendiri iaitu di Teluk Rubiah.


Ironinya, ketika Mohammad Nizar masih mahu menegakkan benang basah dalam isu berkenaan, Koo Ham pula dilihat cuba membaiki 'kerosakan' yang disebabkan keterlanjuran ADUN Pasir Panjang itu.


Mohammad Nizar dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Koo Ham semalam dilihat masih berdolak-dalik dengan menyatakan surat tersebut memang sahih tetapi ia bukan bukti bahawa beliau pernah meluluskan projek berkenaan.


Diasak dengan pelbagai pertanyaan pemberita, Koo Ham akhirnya membuat konklusi berikut: ''Kita hormati keputusan BN meluluskan projek ini, tetapi kita harap pelaksanaannya dipastikan tidak merosakkan alam sekitar, itu sahaja."


Timbul persoalan, jika keputusan BN meluluskan projek itu wajar dihormati, kenapa pembangkang sejak awal lagi menggerakkan usaha membantah projek ini sehingga membawa kepada penganjuran demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini?


Bercakap mengenai kehadirannya bersama Mohammad Nizar dalam demonstrasi yang hanya dihadiri kira-kira 100 orang itu, Koo Ham berkata: ''Kita tidak bantah (projek Vale), kita datang sebab rakyat panggil kita, sebagai wakil rakyat kita datanglah".


Hakikatnya, perkembangan terbaru ini bakal mematikan langkah pembangkang untuk menjadikan projek Vale sebagai senjata politik PRU-13 di Lumut - kawasan Parlimen yang diketahui sangat diidam-idamkan pembangkang.

KRONOLOGI ETHAN & ELTON – LAMBANG KEJAHILAN PR DALAM PROCUREMENT POLICY!!



Semakin hari whether secara direct or indirect kita dapat lihat banyak aspek kepincangan, salah laku serta penyelewengan yang telah/sedang dilakukan oleh regime Fuckatan Haram Bejadah. 

My dedicated blog posting entry kali ni ingin lebih memperinci+memperhalusi skandal ETHAN & ELTON? yang membabitkan pemberian kontrak membekal dan menjahit lounge suit untuk ahli majlis MBI?    
Gua rasa satu Malaya pun dah mengetahui betapa hangat, panaz serta sensasi nya cerita mengenai ETHAN & ELTON ni but there is nothing wrong at all kalo kita tambah didihkan lagi “KRONOLOGI ETHAN & ELTON”!! Kita kasi koyak tahap rabak punggung individu2 yang telibat dalam case study ni.
Strategically beb! Gua taknak sentuh much dalam aspek siapa dibelakangETHAN & ELTON ni? but Gua nak ajak rakan2 pembaca utk Unlock Our Mindset & membuat penilaian secara “Out Of The Box Thinking Mentality Approach” How on earth? This bloody ETHAN & ELTON? been successfully awarded dalam kontrak membekal dan menjahit lounge suit untuk ahli majlis MBI? 
      
Kita mendapat perkhabaran bahawa ETHAN & ELTON ni adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan lebih kurang dalam jangka masa 42 hari selepas PR Berjaya mentadbir negeri Perak (so called its totally a new formed company) dan yang lebih mission critical kita juga diberitahu bahawa dalam senarai sebut harga yang dikeluarkan oleh MBI, terdapat lima syarikat yang disenaraikan, ETHAN & ELTON menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak RM 650 sepasang but at the end of day this bloody company dengan selambanya successfully awarded for the project  
Generally beb! semua pihak pasti maklum dalam Polisi Perolehan orprocurement policy secara rasional, telus serta mengikut prosedur2 urus-tadbir pentadbiran yang cekap! There is no way at all syarikat yang baru ditubuhkan, of course less project experienced dan menawarkan harga bidaan yang paling tinggi akan boleh dengan selamban + successfully been awarded for any specific Open Tender atau Kerja2 Pembekalan sesuatu Sebut Harga? Amat mengecewakan beb! dalam era pentadbiran regimeFuckatan Haram Bejadah! aspek2 kepincangan, salah laku serta penyelewengan sebegini selamba+rakus berlaku? For me, ini telah dengan jelas menunjukkan indicator LAMBANG KEJAHILAN PR DALAM PROCUREMENT POLICY!!

Finally, sebagai peringatan kepada mana2 individu yang masih taksub & sayangkan pembangkang pokermon sial, gampang keparat, badigol bangsat & puaka haram bejadah, itu kau orang punya pasal & kalau rasa tak selera nak baca jadi tak payah nak baca mungkin ada baiknya the entire of your guys pergi mandikan anjing kurap & babi tempang berpenyakit dan lagi bagus kalau lepas tu kau orang pergi makan daging anjing kurap & babi tempang panggang kerana itu mungkin kena dengan selera & perangai kau orang.
KREDIT TO :  idin77 blog

PR REBAH : DULU.... HASSAN ALI... KINI.... MAT ISA PULA JADI MANGSA...


Pemecatan Mohd Isa Satu Tindakan Kuku Besi

Walaupun lain-lain parti.... tetapi di bawah payung yang sama... dan dalam kaedah yg sama... DIPECAT SERTA MERTA..!!!
BANYAK yang telah disebut dan digebang mengenai PKR sebagai sebuah parti yang membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia. Konon-kononnya tidak adalah parti yang lebih telus dan terbuka melainkan PKR semata-mata.
Tapi dalam masa yang sama, kita dikejutkan pula dengan berita seorang Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Saidi dipecat dari parti tersebut berkuat kuasa serta merta selepas mengeluarkan kenyataan meminta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi penjelasan berhubung beberapa tuduhan berkaitan dengan salah laku dan hubungan seks isterinya dengan Anwar Ibrahim atau meletakkan jawatan.
Pecat serta merta ini tentulah perlu kesalahan yang benar-benar serius tak gitu?
Paling tidak Mohd Isa perlulah dihadapkan ke sesi pendengaran dan diadili dengan seadil-adilnya sebelum keputusan dibuat. Dah nama parti tersebut pun Parti Keadilan Rakyat, macam mana nak berlaku adil pada rakyat kalau dengan ahli sendiri pun main pecat begitu sahaja.
Walaupun kenyataan Mohd Isa itu dibuat secara terang-terangan, perbicaraan perlu untuk mengenal pasti sebab yang wajar kenapa Mohd isa dan sebahagian ahli jawatankuasa cabang Ampang membuat kenyataan terbuka seperti itu, tidak melalui saluran dalaman parti seperti sepatutnya. Paling penting, mengikut konsep Natural of Justice, tidak ada orang yang boleh dihukum tanpa pembelaannya di dengar terlebih dahulu (no one can be condemned unheard).
Itu perkara paling asas bila bercakap tentang konsep keadilan bagi sebuah parti yang kononnya mengutamakan keadilan juga.
Boleh juga dihujahkan kenapa keras sangat tindakan di kenakan ke atas sesiapa yang berani mempersoal orang-orang tertentu dalam parti tersebut seperti Azmin Ali? Apa yang istimewa sangat dengan Azmin sehingga dia jadi seorang yang tidak boleh langsung dikritik?
Apa pulak salahnya dengan meminta Azmin membuktikan bahawa semua tuduhan yang dilempar ke atasnya itu salah? Bukan Mohd Isa suruh Azmin terjun dari bangunan tinggi pun? Ambil contoh tuduhan mengatakan salah seorang anak Azmin bukan hasil hubungannya dengan Shamsidar tapi dengan Anwar, apa yang susah sangat Azmin nak pergi ke hospital dan buat ujian DNA?
Soal saham itu pula, bukti sudah ditunjukkan oleh Annuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim (dalam bentuk dokumen), kenapa susah sangat nak nafikan atau paling tidak tuduh dokumen itu palsu?
Tiba-tiba semuanya jadi serba tidak kena dengan Azmin bila segala hal silamnya dikorek semula. Tak salah kalau rakyat mempertikaikan semua ini kerana seperti yang sering diucap banyak pihak, rakyat sudah semakin bijak menilai sesuatu situasi, bukan macam dulu-dulu.
Bagaimana rakyat nak diyakinkan bahawa PKR adalah sebuah parti yang benar-benar berbeza dengan UMNO (yang jadi musuhnya yang nyata ini) kalau nak berlaku adil kepada ahli sendiri pun tidak mampu?
Tindakan ini menunjukkan bahawa PKR sebenarnya adalah parti kuku besi yang hanya memberi keutamaan kepada pihak-pihak berkepentingan dengan Ketua Umum parti tersebut, Anwar Ibrahim semata-mata. Janganlah ada sesiapa yang berani nak mengusik, nescaya akan dapat bala seperti yang diterima Mohd Isa.

PEMBANGKANG MENAFIKAN DEMOKRASI..???


Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara.   Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.  

Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun bertamadun.  

Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya.  Selain itu, mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.   

Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.  

Nampaknya pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan majoriti.  Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.  

Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka.  Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  

Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya membela rakyat.  Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap  pembangkang.  

Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen?  Juara hak asasi dan hak bersuara?  Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?

Sebenarnya, pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri.  Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.  

Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang.  Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus.  Untuk tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.  Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.  

Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa mereka suka.  

Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.   

Apapun, kita wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang. 

SUMBER :  MCC2012 

HARON DIN JALANI PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG DI AS



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.

Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.

“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.

Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

"Kami dibenarkan masuk berperingkat2, dua orang pada satu-satu masa.

"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.

Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.

Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.



SEMOGA CEPAT SEMBUH DAN KEMBALI SIHAT.....

PENUBUHAN PAKEMBAR...... UMNO YANG MESTI DIKETAHUI DAN DIKENANGI ORANG UMNO


Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union 
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. 

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi.

PEMBANGKANG PATUT CERMIN DIRI....


KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang sewajarnya mencermin dirinya sendiri dengan menilai kebersihan dalam parti masing-masing dan tuntutan ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan atas pelbagai isu berkaitan kepimpinan dan masalah moral pemimpin tertingginya berbanding dengan tuntutan untuk pilihan raya yang bersih sebagaimana membantah Laporan Jawatankuasa Parlimen (PSC).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin membidas tindakan yang bertopengkan niat jahat melalui wakil parti-parti pembangkang dalam jawatankuasa PSC sedangkan realitinya mereka bermain dengan sandiwara.
“Terbukti dengan jelas wakil-wakil parti pembangkang dalam PSC sama ada PKR, Pas dan DAP tidak profesional dan tiada keikhlasan walhal mereka ini terlibat dalam membuat perbincangan serta melakukan keputusan dengan bermesyuarat berkali-kali tetapi kemudiannya apabila ia dibentangkan maka dijadikan sebagai bahan provokasi dan alasan untuk mengadakan kacau-bilau,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau, tuntutan yang dikemukakan adalah tidak sewajarnya dibuat apatah lagi Malaysia adalah antara negara paling demokrasi dalam dunia.
“Tuntutan mereka mahukan pilihan raya yang bersih dengan mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dipolitikkan adalah satu manipulasi dengan niat jahat.
“Kenapa mereka sibukkan dengan tanggungjawab SPR yang telah mengendalikan PRU selama 12 kali selain puluhan pilihan raya kecil sedangkan bukankah lebih baik jika mereka ambil tahu tentang kehendak ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan tentang moral ketuanya atau menilai kenapa ada yang keluar parti waima mereka wakil rakyat dan mempunyai jawatan tinggi?”
Jelasnya lagi, pakatan pembangkang ini tidak ada hala tuju dalam perjuangan apatah lagi bagi memikirkan keutamaan negara, bangsa dan agamanya.
“Mereka ini juga ibarat penghibur yang mengalahkan pelakon Bollywood iaitu sentiasa mahukan publisiti untuk dijadikan bahan populariti tanpa mereka peduli apa kesannya biarpun mereka mengangkat komunis sebagai hero, melawan titah Yang diPertuan Agong, memburukkan nama negara atau mempunyai masalah moral.
“Pembangkang ini juga sangat handal mencari nama bagi dijadikan umpan kepada rakyat sebagaimana Himpunan Hijau untuk Lynas dan Bersih sedangkan realitinya ia dilakukan dengan motif melakukan kekacauan dan huru-hara pada semua.”
Tegas beliau lagi, kegagalan pembangkang untuk menonjolkan kepimpinannya amat terserlah bukan saja untuk menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, wakil rakyat malahan sebagai anggota Parlimen gagal.
– MediaUMNO

YBU LABUR RM8.7 JUTA BANTU RAKYAT JANA PENDAPATAN


Sidang DUN Perak Ke-12



Hampir RM8.7 juta dibelanjakan oleh Kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) khusus untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan menjana pendapatan sendiri menerusi skim pinjaman mikro kredit.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan, Datuk Saarani Mohamad memberitahu, sehingga Mac, seramai 1,099 penerima memperoleh bantuan tersebut melibatkan 797 orang Melayu, 126 Cina, 151 India dan 25 lagi Orang Asli.
“Sehingga Mac lalu, sebanyak 377 orang telah menerima bantuan perumahan melibatkan 183 pembinaan rumah baru dan 194 lagi untuk projek baik pulih.
“YBUDR telah membiayai pembinaan rumah dengan satu bilik bernilai RM20,000, dua bilik RM30,000 dan tiga bilik RM35,000. Bagi projek baik pulih rumah pula, ia melibatkan kos maksimum sebanyak RM15,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) yang mahukan penjelasan jumlah penerima bantuan YBUDR setakat ini.
Dalam pada itu, Saarani berkata, bagi bantuan kotak makanan pula, sebanyak 58,957 orang telah menerima sumbangan tersebut sehingga Mac lalu.
Tambah beliau, YBUDR juga telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 6,700 penerima bantuan musim perayaan.

APA AKAN JADI JIKA TOL DIMANSUHKAN..???

Artikel dari kiriman e-mail kepada MyMassa.




BN-UMNO eksploitasi duit tol lebuhraya untuk rakyat !!! 

Rakyat Malaysia semua, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghapuskan bayaran tol lebuhraya seperti mana janji 100 hari Buku Jingga dan jika menawan Putrajaya. 

Janji tinggal janji. Janji 100 hari PR dan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hapuskan Tol Sg Nyiur dan Tol Jambatan Pulau Pinang sejak Mac 2008 sampai sekarang gagal ditunaikan. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa membina lebuhraya bertol pun sanggup menghapuskan Tol Sg Besi dan Tol Batu 9 Cheras-Kajang kerana prihatinkan rakyat. PAS pulak tak kisah jilat kahak sendiri bila bercadang bina lebuhraya bertol 4 lorong bernilai RM1.9 bilion dari Kota Bharu ke Kuala Kerai! Mana PAS sanggup nak bagi free! 

Kerajaan BN berjaya menasihatkan pengendali-pengendali lebuhraya antaranya PLUS Expressway, Pro-Lintas, Kesas, Sprint dan Litrak untuk memberikan diskaun-diskaun kepada pengguna lebuhraya setiap kali musim perayaan sebagai bukti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada rakyat! Malah banyak kemudahan disediakan pihak lebuhraya yang tidak terdapat pada jalan biasa 

Penghapusan tol-tol di 29 buah lebuhraya akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan di lebuhraya termasuk jalan bertar, lampu-lampu dan kawasan R n R. Jadi mana kerajaan nak korek duit? Nak pakai semua duit pembayar cukai baiki jalan-jalan berlubang dan lampu rosak? Itu kerja bodoh, tak ekonomik memang bengap PR ni! 

Selama ini duit-duit kutipan tol itulah yang digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan termasuk membayar gaji pekerja-pekerja lebuhraya, kontraktor-kontraktor penyelenggara serta membayar dividen tahunan kepada para pemegang saham konsesi. Siapa nak tanggung sara hidup dan bayar pampasan jika mereka ini semua hilang pendapatan akibat penutupan tol ? Adakah PR boleh menjamin kerja alternatif kepada mereka semua? Berapa bilion ringgit pulak duit rakyat yang PR nak perabiskan untuk bayar pampasan pengambilan tol? 

Kerajaan Malaysia setiap tahun pasti mengutip cukai dari pengendali-pengendali lebuhraya bertol. Hasil kutipan cukai ini digunakan membangunkan pelbagai kemudahan seperti jalanraya, sekolah, rumah ibadat, subsidi petrol, bahan makanan dan biasiswa. PR hanya janji kosong, hasilnya tak pernah ada langsung, tapi bab mentekedarah hasil orang lain merekalah paling gelojoh! 

PR akan menggunakan dana-dana kerajaan dalam Khazanah Nasional, KWSP, Petronas atau rezab Bank Negara untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi, penyelenggara dan pekerja-pekerja lebuhraya bertol. 

Memang idea bengap lagi bangang! Bab nak pelahap duit negara memang PR pakar konon nak jaga kebajikan rakyat, tapi bab nak jana duit PR memang hampeh. Bayangkan kalau rezab dana-dana kerajaan ini habis atau semakin susut, datang pulak masalah kemelesetan ekonomi habis semuanya akan lingkup. Terpaksalah kerajaan pinjam duit dari luar negeri macam dari Bank Dunia dan IMF. Nak pinjam mesti cagar dan gadai janji itu dan ini pada peminjam asing. Ekonomi negara akan terikat, tidak bebas sebaliknya dikawal asing. Kerajaan serata dunia berlumba nak tingkatkan rezab negara, puak fuckatan pulak pelahap nak perabis duit negara! 

Tak heran bila fuckatan marah sangat jika BN menggunakan dana KWSP dan Khazanah Nasional memberi pinjaman kepada FELDA atau mana-mana GLC untuk tujuan pembangunan. GLC’s menolak berhutang dana asing kerana mereka tidak mahu dikawal oleh mereka kerana mengenakan faedah yang tinggi. Memang patut pun Fuckatan takut bila dana KWSP dan Khazanah habis, susahlah mereka nak balun duit negara jika berjaya perintah Malaysia nanti. Diorang ingat duit negara ni duit mak bapak mereka! Baru bayar cukai sikit dah nak berlagak macam puak mereka saja yang bayar cukai! 

Kerajaan BN sungguh zalim, tetap mengutip tol sepatutnya semuanya free! 

Kepala hotak punya PR, zalim apa kejadahnya? Mana ada benda free kat dunia ni. Nak masuk syurga pun kena belanjakan duit! Tu yang kita bayar zakat, pergi haji, sedekah sana sini tu semuanya pakai duit bukan air liur je. Jangan ingat bagi tol free dah jamin masuk syurga. Bayangkan beribu-ribu rakyat Malaysia terpaksa dibuang kerja gara-gara penutupan tol! Mereka yang tertindas ini akan berdemonstrasi ganas menentang PR pula!. 

Kalau macam tu, pemimpin PR janji kosong dan kuat menipu lah? 

Memang pun, dasar Penipu Rakyat. Janji kosong yang mereka sendiri mustahil melaksanakannya tapi kerana geletik nak undi dan kemaruk kuasa, sanggup menipu!!! 

Terima kasih kepada pembaca yang berkongsi artikel ini.

ALAMAK..!!! PONDAN LA PULAK..!!!



SRI Wani Choo (kiri) berbincang dengan Muhammad Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Bekas dekan kesan jantina selepas setahun berkahwin

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun berkahwin dengan ‘isteri’ ketiganya, bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi memfailkan permohonan membubarkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, apabila mengesyaki pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki. 




Permohonan itu dikemukakan Bahrom, 61, (plaintif) pada 17 Januari lalu, selepas mendapat arahan daripada Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 supaya berpisah sementara dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37, (responden).
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid, berkata anak guamnya membuat aduan ke Pejabat Agama apabila mengesyaki responden bukan seorang wanita sekitar 2010 selepas pasangan itu berkahwin di Songkla, Thailand pada 19 Ogos 2009 dengan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah.

“Anak guam saya mempunyai bukti jelas berhubung jantina Sri Wani itu selepas menemui surat beranak yang menunjukkan beliau seorang lelaki. Malah dua nombor akhir pada kad pengenalannya adalah nombor ganjil sekali gus mengukuhkan bukti responden bukan wanita,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata, mahkamah menetapkan 24 April ini untuk memutuskan sama ada responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya selepas pihaknya mengemukakan permohonan itu pada 18 Januari 2012 mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998.

Bagaimanapun, Sri Wani berasal dari Bentong, Pahang yang memeluk Islam pada 2001 itu memfailkan bantahan terhadap permohonan terbabit tetapi tidak menyatakan alasan kukuh menerusi afidavit balasan kepada Bahrom sebaliknya beliau hanya mengemukakan jawapan mendakwa dirinya dianiayai.

 
Terdahulu, dalam prosiding di Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Sri Wani hadir ke mahkamah berseorangan dengan memakai baju kurung dan berselendang ungu untuk memfailkan injunksi sebelah pihak terhadap dua isteri Bahrom kerana mendakwa difitnah.
 

TQMEDIAPRIMATV ~ AAKJ

HARI TERAKHIR SHAHRIZAT HADIR MESYUARAT KABINET


Biar pun akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 8 April ini, hari ini merupakan hari terakhir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertugas sebagai menteri.
Hari ini juga merupakan mesyuarat Kabinet terakhir yang akan dihadirinya dan hari terakhir beliau berada di pejabatnya.
Pada 11 Mac lalu, Shahrizat telah mengumumkan peletakkan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator tamat pada April.
Bagaimanapun, beliau kekal memegang jawatan Ketua Wanita Umno.
Pengumuman Shahrizat dibuat selepas pelbagai dakwaan terhadap keluarganya yang dikatakan telah menggunakan pinjaman RM250 juta untuk Projek Fidlot Nasional (PFN) untuk membeli tanah, harta, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu.
Diketuai oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anak mereka, NFC bertujuan untuk membekalkan daging lembu di Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa PFN telah terlepas matlamat pengeluaran yang membawa kepada pelbagai andaian dan meletakkan keluarganya sebagai tumpuan.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menegaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan PFNlainkan menjadi “satu-satunya isteri” Salleh.
Sejak itu, firma yang dibiayai dana awam telah berulang kali dituduh oleh parti-parti pembangkang menggunakan pinjaman kerajaan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu, termasuk pembelian unit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, dan tanah di Putrajaya.
Polis pada bulan lepas mengesyorkan supaya Peguam Negara mengambil tindakan terhadap pengarah PFN atas tindakan jenayah pecah amanah jenayah, tetapi Peguam Negara telah meminta polis meneruskan siasatan selanjutnya.