Saturday, 7 April 2012

PEMBANGKANG PATUT CERMIN DIRI....


KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang sewajarnya mencermin dirinya sendiri dengan menilai kebersihan dalam parti masing-masing dan tuntutan ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan atas pelbagai isu berkaitan kepimpinan dan masalah moral pemimpin tertingginya berbanding dengan tuntutan untuk pilihan raya yang bersih sebagaimana membantah Laporan Jawatankuasa Parlimen (PSC).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin membidas tindakan yang bertopengkan niat jahat melalui wakil parti-parti pembangkang dalam jawatankuasa PSC sedangkan realitinya mereka bermain dengan sandiwara.
“Terbukti dengan jelas wakil-wakil parti pembangkang dalam PSC sama ada PKR, Pas dan DAP tidak profesional dan tiada keikhlasan walhal mereka ini terlibat dalam membuat perbincangan serta melakukan keputusan dengan bermesyuarat berkali-kali tetapi kemudiannya apabila ia dibentangkan maka dijadikan sebagai bahan provokasi dan alasan untuk mengadakan kacau-bilau,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau, tuntutan yang dikemukakan adalah tidak sewajarnya dibuat apatah lagi Malaysia adalah antara negara paling demokrasi dalam dunia.
“Tuntutan mereka mahukan pilihan raya yang bersih dengan mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dipolitikkan adalah satu manipulasi dengan niat jahat.
“Kenapa mereka sibukkan dengan tanggungjawab SPR yang telah mengendalikan PRU selama 12 kali selain puluhan pilihan raya kecil sedangkan bukankah lebih baik jika mereka ambil tahu tentang kehendak ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan tentang moral ketuanya atau menilai kenapa ada yang keluar parti waima mereka wakil rakyat dan mempunyai jawatan tinggi?”
Jelasnya lagi, pakatan pembangkang ini tidak ada hala tuju dalam perjuangan apatah lagi bagi memikirkan keutamaan negara, bangsa dan agamanya.
“Mereka ini juga ibarat penghibur yang mengalahkan pelakon Bollywood iaitu sentiasa mahukan publisiti untuk dijadikan bahan populariti tanpa mereka peduli apa kesannya biarpun mereka mengangkat komunis sebagai hero, melawan titah Yang diPertuan Agong, memburukkan nama negara atau mempunyai masalah moral.
“Pembangkang ini juga sangat handal mencari nama bagi dijadikan umpan kepada rakyat sebagaimana Himpunan Hijau untuk Lynas dan Bersih sedangkan realitinya ia dilakukan dengan motif melakukan kekacauan dan huru-hara pada semua.”
Tegas beliau lagi, kegagalan pembangkang untuk menonjolkan kepimpinannya amat terserlah bukan saja untuk menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, wakil rakyat malahan sebagai anggota Parlimen gagal.
– MediaUMNO

No comments:

Post a Comment