Wednesday, 7 November 2012

SELEPAS 'SANDY' BADAI BESAR DIJANGKA HENTAM AMERIKA...!!!

Ahli dari badan meteorologi Amerika, menjangkakan akan muncul lagi badai besar yang boleh menghentam Pantai Timur Amerika minggu depan. Badai ini akan muncul beberapa hari selepas “Superstorm” Sandy menghancurkan wilayah tersebut.





Para ahli mengatakan serangan cuaca buruk akibat badai baru ini boleh membawa hujan, angin kencang sejuk dan mungkin salji ke kawasan tersebut.
The Weather Channel menyatakan bahawa ada kemungkinan cuaca “sangat berangin, hujan dan sejuk” pada tanggal 7 dan 8 November di wilayah Timur Laut Amerika Syarikat.
Laporan itu mengatakan badai baru tidak akan lebih hebat daripada Sandy, namun kombinasi daripada kesan cuaca akan menambah derita baru pada saat proses pemulihan di sepanjang Pantai Timur.
Sementara itu, pihak berkuasa daerah bersama dengan pertubuhan Palang Merah, telah meningkatkan usaha bantuan. Rakyat Amerika di daerah yang terkena bencana marah akibat tindakan lambat anggota penyelamat dari pasukan bantuan.


“Saat ini Palang Merah mengutamakan operasi adalah bantuan logistik, makanan dan keperluan sebagai persiapan untuk badai yang tertunda,” kata Charley Shimanski, wakil presiden senior dari perkhidmatan bencana dari Palang Merah pada hari Sabtu (3/11).
Korban akibat badai Sandy sampai saat ini tercatat sudah menewaskan 103 orang di Amerika Syarikat, termasuk 41 korban di New York City dan setengahnya dari Staten Island.
Kematian juga dilaporkan telah direkodkan di bahagian New Jersey, Pennsylvania, North Carolina, West Virginia, dan Maryland.

No comments:

Post a Comment