SURUHANJAYA ANTARA AGAMA (IFC) TUNTUT 14 PERKARA :
7 DARIPADA 14 TUNTUTAN TERSEBUT ADALAH....
1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
3-Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan
dalam mykad seorang muslim.
5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
JOM TENGOK PULAK VIDEO NURUL IZZAH NI.....
CUBA para pembaca semua, fikir-fikirkan.... ada atau tidak persamaan cakap Izzah di dalam video itu dengan beberapa tuntutan yang terkandung di dalam IFC...
TUNTUTAN PENUH IFC... 14 PEKARA :
- Anak yang lahir dari keluarga islam keturunan Islam tidak secara automatik beragama Islam sehingga umurnya 18 tahun.
- Mualaf diberi kebebasan murtad.
- Orang islam murtad hendaklah dibicarakan di mahkamah sivil.
- Perkataan ‘Islam’ tidak perlu dicatatkan di dalam MyKad sebagai orang Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam sekiranya hendak berkahwin denganm orang Islam.
- Suami isteri yang memeluk Islam hilang hak penjagaan anak-anak mereka yang lahir ketika mereka belum memeluk agama Islam.
- Orang yang bukan islam berhak menuntut harta peninggalan atau harta pusaka simati yang mati didalam islam.
- Kerajaan harus menyiapkan dana untuk penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam sama dengan oarng Islam.
- Orang bukan Islam bebas menggunakan perkataan suci Islam.
- Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia hendaklah bebas pengedarannya secara terbuka.
- Pengajaran agama bukan Islam hendaklah diajar kepada penganut agama Islam di semua sekolah.
- Program Islam dalam melayu ibunda hendaklah dimansuhkan manakala program dakwah agama lain hendaklah dibenarkan di dalam bahasa melayu.
- Orang Islam yang membayar zakat tidak dikecualikan dari cukai pendapatan dan wang hasil kutipan zakat sepatutnya digunakan untuk keperluan bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar-pelajar sekolah.
Di Malaysia penganjur penubuhan IFC ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Kristianiti, Hinduism dan Sikhism yang menyerahkan memorandum pada MAJLIS PEGUAM yang dipimpin oleh V. Harcharan singh pada 21 Ogos 2010.
Saya tidak pasti sama ada perkara perkara yang dinyatakan itu ditokok tambah atau tidak. Walau bagaimanapun perkara berikut harus diberi perhatian oleh kerajaan;
ReplyDeletea. Kerajaan seharusnya menyediakan dana untuk pembangunan dan kebajikan agama-agama lain dalam Malaysia di bawah agihan peruntukan rasmi kerajaan. Bukan seperti amalan sekarang yang mengatakan tiada peruntukan rasmi untuk pembangunan dan kebajikan agama selain islam. Hanya bergantung kepada ehsan melalui peruntukan khas ADUN dan ADR.
b. Menarik balik tindakan sekatan kepada penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang dikatakan menjejaskan kedaulatan kesucian islam kerana secara logiknya bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia dan sudah tentunya penggunaan bahasa rasmi juga adalah rasmi kepada rakyat malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Harus diingat bahawa kesucian islam itu tinggi martabatnya dan tidak mungkin runtuh kesucian islam itu hanya kerana perkataan atau sebutan dalam bahasa melayu digunakan oleh penganut agama lain. Hanya institusi agama yang rapuh dan tiada martabat yang dengan sendirinya runtuh hanya kerana semua kaum menggunakan perkataan dan istilah tertentu. Perlu ditegaskan bahawa kesucian islam itu tinggi martabatnya dan tidak akan runtuh hanya kerana isu perkataan yang digunasama oleh pelbagai kaum dan agama di
malaysia.
c. Rombak sukatan ko kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan yang pelajarnya berbilang kaum dan agama disupaya tidak lagi
dimasukkan pembelajaran agama islam yang menjurus kepada penghinaan penganut agama lain dengan mengatakan mereka kafir dan akan dijadikan sebagai kayu api di neraka. Hanya mereka yang dungu dan tiada akal fikiran yang tidak dapat melihat nilai negatif dalam hal ini.
d. Keseimbangan layanan agama harus diujudkan melalui perundangan sivil. Banyak kepincangan yang berlaku, malangnya apabila ada pihak yang mengemukakan pandangan maka mereka ini akan dicop sebagai mencabar islam dan ketuanan melayu seterunya menggunakan islam dan ketuanan melayu untuk memprovokasikan keadaan sehingga ada yang menjadi bahalul dan bodoh di bawah pengaruh syaitan sehingga sanggup merosakkan dan membakar rumah ibadat agama lain.