Monday, 1 October 2012

JUMLAH KES JEMAAH HAJI HADAPI TEKANAN TERKAWAL



MEKAH  : Unit kaunseling Tabung Haji mula menerima beberapa kes jemaah haji Malaysia menghadapi tekanan di Tanah Suci namun jumlahnya terkawal, kata Pengurus Kaunseling Tabung Haji Zakiah Othman.
"Jemaah haji kita masih dalam percubaan untuk menyesuaikan diri terutama dengan keadaan cuaca yang panas dan persekitaran baru serta terpaksa bergaul dengan rakan sebilik yang datang dari pelbagai latar belakang," katanya kepada pemberita di pejabat unit kaunseling Tabung Haji di Janadariah hari ini.
Katanya, klinik kaunseling di bawah pengawasannya masih belum menerima kes tekanan kritikal sejak ketibaan jemaah haji negara di Tanah Suci pada 17 Sept lepas.
Sehubungan itu, katanya, jemaah haji diminta bersedia untuk berhadapan dengan cabaran mental akibat berada di persekitaran asing dan terpaksa hidup dengan rakan sebilik yang tidak dikenali.
 - Bernama

No comments:

Post a Comment