Friday, 5 October 2012

RM 100 JUTA DANA ASING UNTUK SUARAM..???

Azwanddin Hamzah menunjukkan sebuah dokumen mengenai Suaram pada sidang akhbar di Kota Damansara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.


Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

UM'sia 5/10/12

No comments:

Post a Comment