Thursday, 4 October 2012

LUAHAN HATI DS ROSMAH.......


Biarlah saya difitnah, biarlah saya dihina, asalkan anak-anak ini mendapat pendidikan awal yang terbaik. 

Demikian luahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mengulas segala kontroversi serta fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat. 

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara, memberitahu bahawa segala tomahan itu bukanlah penyebab untuk beliau menghentikan segala usaha dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak. 

Katanya, aspek pendidikan pra sekolah adalah sesuatu yang penting dalam proses membentuk jati diri anak-anak dan atas sebab itu pelbagai usaha untuk memastikan kanak-kanak di bawah umur empat tahun terutama yang tinggal di kawasan pedalaman perlu dilakukan secara berterusan. 

Macam-macam yang telah diperkatakan oleh pihak di sebelah sana (pembangkang) tetapi kita pekakkan telinga dan teruskan kerja-kerja kita untuk masa depan anak-anak ini. 

Saya tidak mendapat apa-apa pun saya sendiri tak faham mengapa mereka asyik nak timbulkan kontroversi, katanya. 

Menurut Rosmah lagi, module Permata bukanlah satu usaha yang boleh memudaratkan minda anak-anak sebaliknya ia memberi fokus kepada pendidikan pra sekolah secara holistik bagi membentuk insan yang cergas minda, kreatif dan berkeyakinan tinggi. 

Beliau menambah, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kini meletakkan usaha membina modal insan sebagai bulletin teras kepada kejayaan bangsa dan negara. 

Malah katanya, komitmen itu dibuktikan melalui penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam mewujudkan tadika dan taska Permata seperti yang dilakukan oleh pihak KEMAS dan lain-lain. 

Kita dapat lihat betapa seriusnya kerajaan meletak! kan aspe k pendidikan pra sekolah ini di mana melalui Bajet 2013, sejumlah RM532 juta diperuntukkan kepada KEMAS. 

Lebih dari itu, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, kerajaan telah mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi membantu membuka taska baru yang lebih berkualiti, katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kanak-Kanak Tabika dan Taska Permata Kemas, pagi tadi. 

Menerusi majlis itu, Rosmah disambut oleh 250 anak-anak Tabika dan Taska Kemas selain ibu bapa dari seluruh Selangor. 

Apa yang dilihat, module seumpama itu, wajar dianjurkan bagi membolehkan hubungan erat terbentuk selain memupuk semangat kerjasama antara anak-anak, para pendidik Tabika dan Taska serta tidak ketinggalan golongan ibu bapa.

Sumber: Perak Today

No comments:

Post a Comment