Felda bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkang jika terus-menerus menabur fitnah terhadap agensi itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata sudah tiba masa bagi Felda dan sekutunya bangkit menangkis 'longgokan' fitnah berniat jahat pembangkang yang disiarkan di akhbar dan media maya pembangkang selama ini.
"Semakin dibiarkan, semakin hebat tuduhan dan fitnah dibuat mereka termasuk mendakwa 400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd sekaligus mendakwa sumbernya haram serta mendakwa penyenaraian Felda dan FGV membawa kerugian sehingga RM2 bilion," katanya.
Ahmad berkata sehingga kini, pemegang saham tawaran umum melebihi lima peratus masih dipegang Tabung Amanah Peneroka Felda iaitu sebanyak 20 peratus, Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd (17), Lembaga Tabung Haji (7.78) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7.49 peratus.
"Tiada sebarang milikan saham Genting Bhd seperti didakwa dan penyenaraian juga tidak membawa sebarang kerugian malahan ia memberi perolehan dana sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda dan FGV, manakala kejatuhan saham bukan hanya dialami FGV tetapi semua kaunter melibatkan perladangan sawit berikutan kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia," katanya.
Perak News
JIKA TERNYATA KENYATAAN TIDAK BENAR TERUS SAJA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG. KALAU SETAKAT BERCADANG ATAU AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG MEREKA SUDAH TAU IANYA TIDAK AKAN BERLAKU,RAKYAT PUN SUDAH MUAK DENGAN PERKATAAN ITU SEHINGGA ADA YG MENGELARKAN SEORANG MENTERI TU DENGAN GELARAN MENTRI AKAN AMBIL TINDAKAN,JANGAN DITAMBAH LAGI SEORANG,
ReplyDeleteRasanya banyak bukti dah pasal fitnah ni.... selongkar jer blog2 puak haluan kiri tu, mesti jmpe punya!
ReplyDelete