Friday, 6 July 2012

KESILAPAN PILOT PUNCA PESAWAT TERHEMPAS

SEORANG pegawai penyiasat BEA, Alian Bouillard (kiri) memberikan penerangan tentang punca nahas pesawat Air France di Le Bourget, Perancis semalam

LE BOURGET, Perancis - Para penyiasat agensi BEA yang menyiasat kemalangan udara Perancis menyatakan kesilapan juruterbang dan kegagalan peralatan yang memberikan data silap sebagai punca sebuah pesawat syarikat penerbangan Air France terjunam ke dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009.
Agensi itu turut mencadangkan supaya juruterbang diberikan latihan yang lebih baik dan undang-undang perakuan pesawat dilaksanakan dengan lebih ketat.
Dalam nahas itu seramai 229 orang terbunuh.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbar tentang punca nahas tersebut di sini semalam.
Pesawat itu terbang dari Rio de Janeiro ke Paris dan terhempas semasa ribut.
Laporan siasatan itu menyatakan salah seorang juruterbang itu di kokpit menaikkan muncung pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya menurun sebelum ia terhempas.
Dia bertindak sedemikian kerana sensor memberikan data yang silap tentang kedudukan pesawat berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment