Friday, 6 July 2012

CANDI BOROBODUR - ARKEOLOGI TERBESAR DUNIA



JAKARTA: Buku Rekod Dunia Guinness (GWR) mengisytiharkan Candi borobodur di Magelang, Jawa Tengah, sebagai kawasan arkeologi candi Buddha terbesar di dunia, kata Pengarah Presiden PT Taman Wisata Candi (TWC), Purnomo Siswoprasetjo, semalam.

TWC adalah syarikat swasta yang menjaga kuil itu. 
“Pada 27 Jun lalu, kami menerima pengiktirafan rasmi daripada GWR di London,” katanya seperti yang dipetik oleh akhbar kontan.co.id. 

Dibina pada kurun kesembilan, besar Candi Buddha Mahayana adalah 123x123 meter persegi dan mempunyai kawasan 60,000 meter padu. Sebelum ini UNESCO telah mewartakan kuil itu sebagai warisan tapak dunia. - Jakarta Post"






No comments:

Post a Comment