Tuesday, 8 May 2012

KEBIADABAN TERLAMPAU... PIJAK GAMBAR !!!!

Pijak Sini, Pijak Situ...Macam Bagus!

Pijak Sini, Pijak Situ…Macam Bagus!

Bersih 3.0 dah lama berlalu, namun kebencian yang terhasil daripadanya, baik bagi siapa-siapa juga, terus ‘bersemarak’.
Namun saban hari, kita semakin diperlihatkan tentang wajah kebodohan dan sifat melampau golongan mereka yang menyertai demonstrasi Bersih 3.0 ini.
Antara imej yang tersebar adalah kebiadapan segelintir daripada mereka yang bertindak dayus, memijak gambar-gambar orang yang mereka benci.
Kenapa dayus? Dayus kerana keberanian mereka hanya sekadar memijak gambar dan poster sahaja.
Mereka ini bertindak seolah-olah merekalah paling berkuasa, merekalah kebal dari undang-undang, merekalah hero.
Tetapi sayang, mereka ini hanya jaguh kampung, maaf cakap, lebih teruk daripada jaguh kampung.
Poster itu adalah benda yang tidak bernyawa, buatlah macam manapun, ia tidak  akan memberi sebarang kesan, lagi melenguhkan kaki sepemijaknya adalah.
Kebodohan mereka lagi terserlah apabila mencontengkan poster-poster pemimpin yang mereka benci.
Sayang sekali, percayalah, akhirnya yang dibenci bukan manusia di poster itu, tetapi manusia yang mencontengkannya.
Agaknya siapa dalang di sebalik semua itu…nampaknya macam ada yang pakai baju DAP.
Tapi tak mengapalah, tanpa baju sebegitu pun bukannya susah nak teka siapa mereka-mereka ini.
Bersih sangatlahkan…

No comments:

Post a Comment