Tuesday, 8 May 2012

IKAN LUMBA-LUMBA MATI AKIBAT DADAH...?

Kematian Ikan Lumba-lumba Akibat DadahSwitzerland – Kematian dua ikan lumba-lumba dikenali sebagai Shadow dan Chelmers, pada bulan November tahun lalu dikenal pasti akibat pengambilan ubat terapi penggantian dadah, Buprenorphine.
Ubat tersebut telah menahan sistem semulajadi ikan lumba-lumba itu untuk bernafas di permukaan air, sekali gus menyebabkannya lemas.
Sebelum ini, kematian Shadow dan Chelmers dipercayai akibat muzik kuat dalam satu majlis yang diadakan di kawasan berhampiran selama dua hari berturut-turut.
Namun keputusan ujian toksilogi menemui kesan Buprenorphine dalam badannya.
Menurut seorang ahli biologi, Cornelis Van Elk, ubat berkenaan amat berbahaya kepada hidupan laut dan tidak sepatutnya digunakan dalam sebarang rawatan.
“Ikan lumba-lumba adalah unik kerana hidupan ini secara aktif akan memutuskan bila masa yang sesuai untuk naik ke permukaan air bagi bernafas.
“Malah ketika tidur, sebahagian otaknya secara automatik akan mengawal proses pernafasan ini. Namun dengan penggunaan ubat ini, ia akan memadam fungsi otaknya itu, sehingga menyebabkan kesan yang teruk,’’ katanya.
Dalam pada itu, penjaga zoo Connyland, Nadja Gasser berkata, Shadow mati selepas menunjukkan tingkah laku yang pelik.
“Kita dapat melihat keadaan sama berlaku kepada Chelmers pada sesi latihan apabila dia enggan naik ke permukaan air. Menyedari sesuatu berlaku, kita telah terjun ke dalam air dan cuba memegangnya.
“Namun Chelmers menghayunkan badannya dengan kuat, dan mengalami kesukaran untuk bernafas,’’ katanya.
Pihak zoo cuba memberinya adrenalin, namun ia tidak membantu.

No comments:

Post a Comment