Wednesday, 18 April 2012

ORANG ANWAR CUBA BELI GOBALA..???


Agendadaily – Sejak keluar PKR dan jadi Wakil Rakyat Bebas Parlimen Padang Serai, Kedah, N.Gobalakrishnan macam hilang control dan hilang sabar kalau lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun berucap atau berbahas di Dewan Rakyat.
Beliau mesti bangun dan akan mempertikai apa Ketua Pembangkang itu cakap termasuk menuduh Anwar berbohong, penipu dan macam-macam lagi.
Selain Anwar, kerap kena ‘serang’ dengan Gobala adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Gobala ada advantage bangun buat bising dedahkan sikap hipokrit Anwar dan Azmin kerana beliau bukan orang baru mengenali kedua-dua pemimpin pembangkang itu.
Senang cakap, banyak rahsia Anwar dan Azmin ada dalam poketnya.


Barangkali kerana tidak tahan lagi Gobala sering bangun dan kacau ketika di Dewan Rakyat, kini ada dakwaan kononnya Anwar cuba beli semula Gobala dengan tawaran projek serta jawatan di Putrajaya ataupun Exco di Kedah.
Ini didedahkan sendiri oleh Gobala kepada Agendadaily di lobi Parlimen pada Isnin dengan mendakwa, ada orang Anwar berjumpanya menawarkan projek membekalkan minyak dari Arab Saudi ke India bernilai RM440 juta.
Tawaran itu dibuat awal Januari lalu oleh kawan karib Anwar serta seorang lagi bekas kawan karib Gobala sendiri ketika Ahli Parlimen itu berada di Chennai, India.
Menurut Gobala, beliau diminta ‘tutup mulut’ selama tiga bulan dan kemudiannya buat kenyataan minta maaf kepada Ketua Pembangkang tersebut.
Ditanya siapa kawan karib Anwar itu, Gobala enggan mendedahkan identitinya kecuali Anwar mencabarnya berbuat demikian.
“Kalau Anwar cabar dan tanya siapa orang itu, saya akan dedahkan,” katanya.
Menjawab soalan, Gobala berkata, jika tawaran itu tidak betul dan bukan datangnya dari Anwar, mereka tidak akan ke India mencarinya.
Gobala berkata, beliau mahu membuktikan bahawa Anwar yang cuba membelinya kerana sebelum ini Anwar menuduh beliau dibeli untuk keluar PKR.
Selain dakwaan projek RM440 juta, beliau turut mendakwa terima tawaran kekal bertanding di Padang Serai dan akan diberikan jawatan dalam Kabinet jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
“Mereka juga kata akan runding untuk saya bertanding di DUN Bukit Selambau, kalau menang saya boleh jadi Exco kalau tidak dapat jawatan Kabinet,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mahu Anwar mencabarnya mendedahkan siapa yang menemuinya dengan tawaran tersebut.
“Saya bukan saja akan dedahkan nama tetapi akan buat repot polis,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Gobala mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang Serai dan berharap Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di situ.
Kata Gobala, musuh utamanya sekarang adalah Anwar dan PKR.

No comments:

Post a Comment