Tuesday, 24 April 2012

JUBAH RASULULLAH SAW DAN PUTRINYA...????

Benarkah Ini Jubah Rasulullah SAW Dan Puterinya? Atau...

Tidak dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok banding taranya.
Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya, Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam.
Antara barangan yang dikatakan milik peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu.
Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut.
Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah tersebut sampai tertidur.
Tapi, tidak pernahkan terlintas di fikiran umat Islam tentang kesahihan dua helai jubah yang dikatakan milik Rasulullah SAW dan puterinya itu?
Menurut riwayat para sahabat AS, Rasulullah SAW dan keluarganya hanya memakai pakaian dari jenis fabrik yang murah, kasar serta kurang kualitinya, manakala sesetengah riwayat pula menyatakan bahawa Baginda hanya memiliki sehelai jubah sutera yang dihadiahkan padanya.
Merujuk kepada jubah yang terpamer serta dikatakan adalah merupakan jubah peninggalan Rasulullah SAW dan puterinya itu, ia seolah-olah dari jenis fabrik yang kasar, rendah kualiti dan murah harganya.
Persoalannya, benarkah dua helai jubah yang rendah kualiti dan murah itu bertahan untuk lebih 1,400 tahun tanpa reput fizikalnya?
Benarkah kedua helai jubah itu diwarisi turun temurun oleh keluarga Rasulullah SAW sehingga ke hari ini?

Jika benar ia diwarisi turun temurun mengikut susur galur nasabnya, benarkah ia adalah tulen dan sememangnya sahih milik Rasulullah SAW dan puteri Baginda?
Bukanlah mahu mempertikaikan kesahihan identiti kedua helai jubah itu, namun adalah tidak mustahil wujudnya usaha pihak tertentu yang mempergunakan pengaruh Baginda SAW dan Fatimah AS untuk mencari keuntungan serta kemasyhuran.
Mungkinkah juga kedua jubah itu hanyalah satu model atau replika mengikut imaginasi pihak tertentu untuk menarik perhatian umat Islam adalah bukan milik Rasulullah SAW dan puterinya?
Di dunia akhir zaman yang serba canggih dan dikuasai oleh golongan Yahudi yang sering memberikan kepalsuan dunia ini, tidak mustahil umat Islam yang lemah mudah dimanipulasi dengan perkara-perkara sebegitu, bukan?
Mungkin ia sengaja diada-adakan bagi meningkatkan tahap ketaksuban umat Islam terhadap barang peninggalan Rasulullah SAW berbanding sunnah Baginda, siapa tahu?

3 comments:

  1. apa saja barangan rasul saw tidak akan di tinggalkan di dunia ni...semua malaikat dah ambil....

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang ni jgn terus percaya bulat2 apa jua perkara yg dtg kepada kita.. kerana byk penipuan dan ambil kesempatan....wallahu'alam..

    ReplyDelete