Tuesday, 24 April 2012

DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM DI EROPAH SEMAKIN MELONJAK..!!


Eropah – Masyarakat Islam di Eropah berdepan diskriminasi terutama dalam bidang pendidikan dan pekerjaan hanya semata-mata disebabkan mereka melaksanakan perintah Allah.
Perkara berkenaan dilaporkan berlaku di Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Switzerland.
Menurut laporan yang dikeluarkan Amnesty International, antara diskriminasi itu ialah terhadap wanita yang memakai hijab dan lelaki muslim yang menyimpan janggut.
Pakar diskriminasi Amnesty International, Marco Perolini, keadaan ini menyebabkan ramai wanita Islam sukar mendapatkan pekerjaan manakala gadis Islam pula dilarang menghadiri kelas kerana mereka memakai skaf.
“Berbanding usaha untuk mengatasi prejudis ini, parti politik dan pegawai kerajaan juga mengetepikan peranan mereka untuk mengundi,’’ katanya.
Dalam laporan bertajuk “Pilihan dan prejudis : diskriminasi ke atas Muslim di Eropah’’ Amesty turut mengecam Belgium, Perancis dan Belanda kerana tidak membendung diskriminasi ini.
Keadaan ini, kata Perolini adalah bertentangan dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).
“Peraturan EU melarang diskriminasi dalam apa jua pekerjaan atau agama namun apa yang berlaku sekarang, majikan tidak mengupah pekerja Islam, sekali gus kadar pengangguran di kalangan orang Islam di Eropah adalah tinggi,’’ katanya.
Perolini turut memberi contoh di mana kanak-kanak sekolah di negara terbabit dilarang memakai tudung atau pakaian yang menutup aurat.
Manakala di wilayah Catalonia di Sepanyol pula, ramai umat Islam terpaksa bersembahyang di luar bangunan kerana pihak berkuasa melarang pembinaan masjid kerana ia bertentangan dengan amalan dan tradisi penduduk di situ.

Umat Islam Berdepan Diskriminasi Di Eropah

No comments:

Post a Comment