Friday, 25 November 2011

[VIDEO] : 'PM TIDAK KESAMPAIAN' BURUKKAN NEGARA SENDIRI KPD PIHAK LUAR..!!!!!

Inilah kepakaran semulajadi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim seorang manusia yang 'frust' dek kerana cita-citanya menduduki kerusi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Bukan sahaja beliau pakar menipu serta memanipulasi perkara sebenar setiap kali berhadapan dengan penyokongnya di Malaysia, Anwar Ibrahim juga pakar dalam kerja-kerja memburukkan nama negara sendiri kepada negara-negara lain.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap negara kelahirannya sendiri, apa sahaja isu yang dianggap boleh membangkitkan rasa benci rakyat luar terhadap negara akan dijadikan modal kempen Anwar Ibrahim setiap kali beliau keluar negara.







Semua pihak di tuduh tidak menjalankan tugas dengan berwibawa, semua pihak dituduh telah dikawal oleh kerajaan BN, pendek kata kerajaan BN hari ini tidak pernah melakukan perkara yang baik sepanjang menerajui kerajaan Malaysia.

Melihat aksi Anwar Ibrahim ini rasanya tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara lain hatta negara Somalia yang rakyatnya dilanda pelbagai permasalahan.

Tiada mana-mana pemimpin yang ada sifat cinta dan sayangkan negara akan burukkan negara sendiri lebih-lebih lagi di hadapan rakyat yang negaranya kita tahu agak ketinggalan dari negara kita sendiri.

Katakan kepada saya pemimpin jenis apa yang sanggup burukkan nama negara tumpah darah sendiri kepada pihak luar?

Dari Utusan Malaysia :

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan. 
Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar. 
Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif. 
‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan. 
‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu. 
Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini. 
Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya. 
Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis. 
Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.
Credit to YY 

No comments:

Post a Comment