Friday, 25 November 2011

ANTARA BABI FIDLOT DAN LEMBU FIDLOT... PKR DI MANA?????


Sewaktu Kerajaan Pakatan sama ada di Perak mahupun di Selangor ingin mewujudkan kandang babi mega yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan peruntukannya, bukan sahaja menelan ratusan juta ringgit, bahkan sebahagian besar tanah yang hendak digunakan adalah tanah Melayu dan berhampiran kawasan bermajoriti Melayu, PKR memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi. Pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan tersebut, malah alasan yang diberikan oleh PAS iaitu babi adalah keperluan bukan Islam, manakala Lim Guan Eng yang merupakan BERHALA TERBESAR dalam Pakatan Rakyat memberikan angka keuntungan terhasil daripada pemerdagangan daging babi walaupun di Pulau Pinang, dia tidak membenarkan pembinaan ladang babi di negeri itu.
Namun sikap yang berbeza sama sekali ditunjukkan oleh PKR apabila membabitkan lembu fidlot. Walaupun sekali imbas ianya kelihatan seperti cuba menyelamatkan duit negara daripada dibazirkan menerusi program yang dikatakan gagal, namun ia sebenarnya pergi lebih jauh dari itu.
Laporan Ketua Audit Negara telah diputarbelitkan oleh PKR untuk menutup kecurangan dan penyelewengan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor selain mengurangkan fokus terhadap kes Anwar Ibrahim. Ditambah pula dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Sharizat Jalil selaku Ketua Wanita UMNO, menyebabkan PKR terutama menerusi Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin, menjadikan PKR tidak tentu arah walaupun terpaksa melakukan fitnah dan tohmahan.
9 masalah yang dibangkitkan oleh para pemimpin PKR yang gambaran mereka berikan ialah, kerajaan akan melutut tunduk dan mencium tangan mereka meminta agar perkara tersebut tidak dipanjangkan ialah:
(i) DS Najib dan TS Muhyiddin berbohong menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta dan bukannya RM250 juta.
(ii) Penyelewengan harga seekor lembu NFC RM4,481.00 cukup mahal berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500.00 hingga RM2,700.00.
(iii) Hanya rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran bagi NFC dan menidakkan hak-hak pembeli berdaftar.
(iv) Kerajaan melupuskan pinjaman kepada NFC berikutan ketidakcekapan pengurusan dan kerugian RM7 juta hingga RM11 juta pada tahun 2009.
(v) NFC salurkan dana pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC untuk dikaitkan dengan Shahrizat Abdul Jalil.
(vi) Penyelewengan dan pembaziran dana pinjaman atas pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta oleh NFC.
(vii) Kronisme dan nepotisme NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.
(viii) Pembaziran dan penyelewengan perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 dimana hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.
(ix) Rafizi Ramli mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.
Kesemua soalan tersebut telah dijawab dan gagal disanggah oleh ketiga-tiga orang pemimpin PKR itu. Sebaliknya persoalan terbaru yang sedang dimainkan ialah, pinjaman diluluskan pada 2o1o tetapi bajetnya telah habis pada 2009. ‘Permainan’ itu sebenarnya cuba mewujudkan persepsi bahawa sememangnya program tersebut telah gagal dan program itu hanyalah lakonan Sharizat untuk mencuri duit berjumlah RM250 juta untuk kesenangan keluarganya.
Tuduhan sebegitu sememangnya amat berat. Para penyokong Pakatan yang cenderung hendak melihat kegagalan sebagai suatu kenyataan, sebenarnya sekadar membohongi diri sendiri. Para penyokong Pakatan yang bersungguh-sungguh mengeluarkan hujah tentang perbelanjaan sebelum kelulusan sebenarnya sekadar memerangkap pemikiran mereka sendiri tanpa sebarang usul dan periksa.
Perhatikan print-screen berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. Pengeluaran pinjaman telah ditangguhkan pada April 2009 sebanyak RM115.28 juta. Pinjaman RM250 juta itu pula digunakan untuk membiayai operasi dan kos pembangunan. Ia tidak hanya melibatkan NFC sebaliknya turut membabitkan pihak kerajaan.
Laporan berkenaan memperjelaskan tentang kelewatan program tersebut termasuklah penarikan diri kontraktor utama yang membuatkan projek tersebut hampir terbengkalai sebelum diambialih oleh NFC yang ada sekarang ini. Begitu juga dengan pengeluaran yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bahawa menepati sasaran sebanyak 8,000 ekor setahun apabila NFC berjaya mengeluarkan 8016 ekor.
Jumlah 60,000 ekor seperti yang dicanangkan oleh Zuraidah Kamaruddin dan sekalian pemimpin serta penyokong PKR merupakan jumlah yang sepatutnya dihasilkan pada tahun 2015, bukannya 2011.
Agak aneh memandangkan PKR lebih sibukkan tentang lembu-lembu fidlot tersebut. Bagaimana pula dengan projek BABI MEGA mereka yang peruntukannya telah keluar, tanah telah diambilalih tetapi sehingga kini, projek tersebut terus senyap sepi.
Adakah PKR bising-bising tentang lembu fidlot itu sebenarnya untuk menyatakan bahawa PROJEK BABI MEGA yang merupakan cadangan serta anak emas mereka perlu diteruskan bagi menjamin bekalan makanan atau daging negara? Menyalahkan dan menggambarkan lembu fidlot sebagai program yang gagal, barangkali dapat membuka ruang yang lebih besar untuk membenarkan penternakan babi secara besar-besaran seperti yang dirancang oleh Kerajaan Selangor dan Pakatan Perak.
PT

No comments:

Post a Comment