Monday 30 January 2023

PELAKON NAD ZAINAL SAH JADI ISTERI UNGKU ISMAIL

 


KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu.
Nad, atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam, berkongsi fotonya dan suami, sedondon berpakaian serba putih untuk majis ijab kabul mereka.
Tidak banyak maklumat berhubung majlis berkenaan yang dikongsi oleh pasangan ini, kecuali mas kahwin bernilai RM1,000 yang dimuat naik dalam foto di IG Nad.
Ungku Ismail dalam satu hantaran di Instagram peribadinya turut memuat naik video pendek majlis pernikahan mereka.
Pelakon drama rantaian Adellea Sofea ini hanya berkongsi tarikh bersejarah perkahwinan mereka dalam kapsyen hantaran berkenaan.
Pereka fesyen Seth & Luna, yang diberi tanggungjawab dalam tata rias mempelai itu berkata, mereka terharu diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahan pasangan selebriti itu. - astroawani
Nota siku : Nad Zainal pernah  mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun. Namun rumahtangga yang dibina selama 7 tahun itu telah berakhir apabila Nad sendiri mengesahkan telah bercerai. sumber


No comments:

Post a Comment