Saturday, 28 January 2023

MEMAHAMI PEMECATAN KJ DAN PENGGANTUNGAN HISHAMUDDIN SERTA SEKUTUNYA



1. Khairy Jamaludin dan Tan Sri Noh Omar telah dipecat daripada Parti UMNO atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15.


2. Manakala YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan telah digantung 6 tahun.

3. Harus diingat tindakan Lembaga Disiplin UMNO bukan boleh dibuat dalam seminggu. Proses selepas menerima laporan pelanggaran disiplin, siasatan, memanggil saksi dan mengemukakan hasil siasatan serta cadangan tindakan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan. 

4. Oleh itu tindakan Majlis Kerja Tertinggi kali ini tidak kaitan langsung dengan tindakan membantah usul Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung 14 hari lepas. Jika mahu diambil tindakan tidak bangun semasa undian usul maka Razali Ibrahim dan Alwi Ahmad juga akan diambil kerana mereka tidak bangun. Namun tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka. Jujur dalam membuat penilaian. 

5. Kenapa tindakan harakiri ini diambil UMNO? Mari kita teliti secara terperinci kes pecat dahulu.


5.1 Khairy Jamaludin ( KJ )

KJ adalah calon Parlimen Sg Buloh. Sepanjang kempen PRU-15 yang menjadi bahan kempen KJ adalah saya Reformis parti dan parti saya sudah sesat. 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/12/parti-sudah-sesat-saya-reformis-umno-kata-kj/

Ucapan inilah menjadi pencetus utama meragut KESTABILAN POLITIK yang dibawa UMNO. Pengundi merasakan UMNO secara dalaman sudah tidak stabil macam mana mahu stabilkan politik Malaysia. Ditambah pula ramai Tokoh yang turun membantu KJ semata-mata mahu mengiyakan memang UMNO berpecah. Tindakan mengatakan parti sudah sesat secara terbuka adalah amat berat oleh itu KJ dipecat dari parti yang sesat mungkin kerana dia sahaja yang betul.

Rafizi boleh lantik KJ Setiausaha Politik atau CEO Yayasan Pembangunan Pendidikan Bumiputera selepas terima keahlian PKR.


5.2 Tan Sri Noh Omar

16 laporan dibuat terhadap Noh Omar kerana sabotaj calon BN Parlimen Tanjung Karang. Malah seorang calon bebas adalah pegawai khas Noh. Kesemua laporan disertakan dengan bukti kukuh telah diperolehi Lembaga Disiplin. Bukti secara jelas menunjukkan Noh Omar melakukan sabotaj dan mahu BN kalah di Parlimen Tanjong Karang. 

Sepatutnya Tan Sri Noh digantung sahaja tetapi beliau mahu terus dipecat parti. Jika benar tak bersalah merayu dahulu. Tetapi kerana sudah tahu tersalah langkah maka cuba tonjol keberanian.


6. Sekarang kita fokus kepada PENGGANTUNGAN. Kelompok ini digantung 6 tahun atas tindakan secara langsung dan tidak langsung melanggar Perlembagaan Parti.

6.1 Datuk Seri Hishammudin Hussien ( H20 )

H20 adalah individu yang memujuk 9 ahli parlimen BN untuk menghantar akuan bersumpah ( SD ) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM tanpa berbincang dengan Parti. Cerita ini terbongkar dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 21 November 2023. Mahu tahu lebih jelas boleh tanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ( https://www.nst.com.my/news/politics/2022/11/854044/pn-lost-bid-putrajaya-after-10-bn-mps-withdrew-support-last-minute )

Malah H20 juga terlibat menipu Gabungan Politik Sarawak bahawa 18 MP BN telah tandatangan SD sokong Muhyiddin lalu akibatkan Premier telah keluar kenyataan salah bahawa Muhyiddin telah bentuk kerjasama bersama BN. ( https://www.nst.com.my/news/politics/2022/11/854953/how-fabricated-numbers-almost-cost-gps-place-federal-govt )


6.2 Datuk Maulizan Bujang

Maulizan secara langsung terlibat sebagai operator H20 dalam mengumpul SD menyokong Muhyiddin. Pengakuan telah diperolehi dan membuktikan penglibatan Maulizan membelangkan parti.


6.3 Datuk Seri Mohd Salim Sharif

Salim secara langsung dan tidak langsung mahu penggantinya di kerusi Parlimen YB Shamsulkahar kalah kerana tidak puas hati beliau digugurkan. ( https://www.agendadaily.com/politik/tak-puas-hati-dengan-umno-13-cawangan-di-jempol-tutup-bilik-gerakan/ )


 Malah Salim secara jelas terlibat dalam komplot memenjarakan Datuk Seri Najib Razak apabila tersebar rakaman audio Salim bersama Setiausaha Politik Datuk Seri Ismail Sabri iaitu Syed Fazmi. 

https://malaysiapost.com.my/2022/11/25/syed-mohd-fazmi-nafi-rancang-bunuh-kredibiliti-bossku/ )


6.4 Saudara Shahril Sufian Hamdan

Shahril atau PET adalah Ketua Penerangan merangkap Naib Ketu Pemuda UMNO Malaysia semasa PRU15. Namun 20 November 2022 sehari selepas Pilihanraya dia telah letak jawatan Ketua Penerangan meninggalkan UMNO ketika parti memerlukan keringat dia. Bukan tak boleh collective responsibility tetapi janganlah terjun kapal guna life boat selamat diri sebaliknya bawa kapal sampai pelabuhan. ( https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0qys5sc9auVStpVxjJodR464GpzL1rD7kgJE2FeQUXbwG9h8GNeTD5ij4iVAAuzmxl&id=100044484521900&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f )

Kemudian apabila turun padang, dia kata UMNO tiada Research and Development ( R & D ). Dia kata parti kena ubah. Apa dia buat semasa Ketua Penerangan. Kenapa salahkan parti? Rujuk ( https://www.facebook.com/watch/?v=8730315553675223&extid=NS-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C&mibextid=c059er&ref=sharing )

Maka PENGGANTUNGAN ini bukanlah menghalang kebebasan bersuara tetapi adalah tindakan memperbetulkan langkah menyuarakan pendapat dalam berorganisasi.


7. Sebenarnya adalah lagi pelbagai bukti lain dalam simpanan Lembaga Disiplin yang dianggotai oleh Peguam Kanan Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun. Bukan senang untuk memecat dan menggantung keahlian. Namun yang pahit itu harus dilalui. Jika tidak bersalah silakan merayu. 


8. Tepuk dada tanya iman. Adakah salah tindakan diambil terhadap pensabotaj parti? Ini bukan purge tetapi pembersihan. Jika tindakan mereka-mereka ini dirasakan benda biasa maka anda harus pergi belajar lebih banyak mengenai adat berorganisasi.


Nabi SAW bersabda:


الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ


Maksudnya: “Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.”


Riwayat Abu Daud (3594), al-Tirmizi (1352), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra

(11761), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (30) dan al-Daraqutni (96).


Wallahulam


Rujukan: 

https://www.astroawani.com/video-malaysia/lembaga-disiplin-umno-sudah-kaji-semua-pertuduhan-ahli-umno-dikenakan-tindakan-megat-zulkarnain-2006887

https://www.nst.com.my/news/politics/2023/01/874209/kj-sacked-sabotaging-bns-ge15-campaign-disparaging-party



No comments:

Post a Comment