Friday, 3 July 2020

PETUA SEBELUM MEMBELI AYAM



Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya. 

Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.

Jadi hari ni, kita nak kongsi sedikit petua sebelum membeli ayam.

Panduan sebelum beli ayam.

Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.

Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul² mengikut hukum syarak.

Pagi tadi masa nak beli ayam dekat pasar, sempat tanya Haji yang jual ayam tu. Katanya ” Kalau nak pilih ayam, pastikan BONTOTNYA PUTIH”.

Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul² mati

Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelih Ayam di Pusat Proses Ayam.

Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian² ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.

Antara ciri² yang lain :-

1. Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah²an adalah ayam yang segar. 

Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. 

Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Sebelum ni tak pernah pula tau ciri² ni, so sebab dah tau, kongsikan untuk semua.

No comments:

Post a Comment