Tuesday, 7 July 2020

BENARKAH ISU SCORPENE AKHIRNYA MENDEDAHKAN ‘URUSNIAGA’ ANAK MAHATHIR SENDIRI?!



SENGAJA ATAU TIDAK, ISU SCORPENE AKHIRNYA MENDEDAHKAN ‘URUSNIAGA’ ANAK MAHATHIR SENDIRI!

(The Devoured Saviour) – Selama bertahun-tahun, Najib Abdul Razak, bahkan isterinya, Rosmah Mansor dikaitkan dengan dua buah kapal selam Scorpene milik TLDM yang dibeli dari Perancis. Selama bertahun-tahun jugalah, sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa model Mongolia, Altantuya Shiiribu dibunuh kerana skandal pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut.

Najib dikatakan orang yang bertanggungjawab. Altantuya pula dibunuh kerana cemburu si isteri dan untuk menutup skandal rasuah dan komisyen yang bernilai ratusan juta ringgit.

Ramai percaya itu dan sehingga sekarang pun, kita masih dapat melihat dan membaca tohmahan-tohmahan serta fitnah-fitnah tersebut di media-media sosial tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Dan sikap Najib yang lebih gemar menunggu kebenaran tersingkap akhirnya, tidak banyak dimiliki oleh orang lain. Kesabarannya sangat luar biasa.

Namun akhirnya, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.

Apabila bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Dr. Mahathir memberitahu dengan penuh bangga dan tanpa rasa bersalah kononnya pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut dibuat tanpa pengetahuannya, kebenaran yang disembunyikannya selama bertahun-tahun terkuak dan terlerai juga.

Ternyata, Mahathir cuba melindungi anak lelakinya, Mokhzani dan sekutu utamanya, Daim Zainuddin!!!

Cynthia Gabrial, agen CIA yang mengetuai sebuah NGO C4 yang berfungsi untuk menjahanamkan Kerajaan Malaysia, sistem pertahanan serta keselamatan Malaysia, selain memastikan data-data serta maklumat-maklumat pertahanan negara jatuh mudah ke tangan pihak asing, memanipulasikan sistem mahkamah di Perancis. Aduannya kepada mahkamah Perancis, membolehkan proses inkuiri di Perancis, dipropagandakan sebagai perbicaraan biarpun sebenarnya tiada sebarang pendakwaan kes.

Berbeza dengan sistem mahkamah di Malaysia, di Perancis, sesiapa sahaja boleh meminta mahkamah membuat inkuiri ke atas sesiapa sahaja yang mereka syaki tanpa perlu menampilkan bukti dan fakta. Cukup sekadar syak. Daripada inkuiri tersebut, seandainya mahkamah kemudiannya mendapati inkuiri tersebut berasas, maka barulah pihak polis dan pihak berkuasa lain di Perancis akan diarahkan menyiasat.

Kenaifan rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana sistem perundangan di Perancis berfungsi, menyebabkan mereka mudah ditipu oleh golongan seperti Cynthia Gabriel dan para pemimpin pembangkang yang teruja mahu menggulingkan Najib Abdul Razak.

Pihak berkuasa Perancis telah mendedahkan bahawa Najib tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh tersebut malah tiada sesiapa pun dari kalangan pihak berkuasa Perancis (polis, imigresen dan Interpol) yang pernah bertemu Altantuya dari tahun 1995 sehinggalah hari dia dibunuh. 

Semua pegawai Perancis yang terlibat dalam rundingan kontrak tersebut menggunakan Bahasa Inggeris yang sempurna, begitu juga dengan pihak Malaysia. Sekaligus tidak memerlukan seorang penterjemah yang bukan sahaja tidak boleh berbahasa Perancis tetapi penguasaan Bahasa Inggerisnya sangat lemah.

Semua perundingan kontrak kedua-dua kapal selam tersebut juga dilakukan di Malaysia dan bukannya di Perancis.

Artikel ini telah disiarkan pada Aug 5, 2017  DI SINI
Baca juga artikel yang menarik DI SINI 

No comments:

Post a Comment