Wednesday, 10 April 2019

MUAFAKAT PEMBANGKANG BERJAYA TEWASKAN USUL MENGARUT KERAJAAN DI PARLIMEN

 
1.  Sejarah tercipta di Parlimen Malaysia pada jam 10.25 mlm ini (9 April 2019). 

2.  Usul kerajaan untuk meminda PERLEMBAGAAN NEGARA berjaya di patahkan oleh Muafakat Pembangkang apabila usul meminda perlembagaan oleh PM gagal mendapat 148 undi seperti yang di perlukan. 

3.  Gabungan Parti-parti  Serawak, PAS dan BN telah ambil pendirian TIDAK MENGUNDI/berkecuali.

4.  Penolakan ini adalah atas dasar PINDAAN PERLEMBAGAAN YG CUBA DI BAWA TIDAK MENEPATI HASRAT RAKYAT SABAH DAN SARAWAK YANG MAHUKAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA 63) DI LAKSANAKAN, tetapi sebaliknya kerajaan hanya cadang meminda Perkara 2(1), yang dianggap TIDAK MEMADAI, BERSIFAT "KOSMETIK", DAN MEMBELAKANGI HASRAT SEBENAR RAKYAT SABAH DAN SARAWAK. 

5.  Terdahulu sebelum undian secara belah bahagi, semasa menggulung perbahasan, pihak kerajaan TELAH MENOLAK SEMUA CADANGAN PIHAK PEMBANGKANG SUPAYA PINDAAN PERLEMBAGAAN DI BUAT SECARA LEBIH CERMAT, TERATUR DAN MENYELURUH DENGN MEMASUKKAN SEGALA ASPEK SELARI DENGAN MA63, yang antara lainnya adalah ;
  1. Merujuk terlebih dahulu kepada jawatankuasa terpilih/special select committee Parliament 
  2. Memperbincangkan terlebih dahulu di Dewan Negeri Sabah dan Sarawak
  3. Memasukkan dengan jelas perkataan "BERDASARKAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963" 

6)   Kerajaan menolak ketiga-tiga cadangan Pembangkang menyebabkan pembangkang sepakat utk BERKECUALI dan menyebabkan USUL KERAJAAN TERTEWAS. 

7)   Sikap kerajaan yang enggan MENUNAIKAN JANJI DALAM MANIFESTO MEREKA SECARA TOTAL dalam isu MA63, telah mengakibatkan mereka ditewaskan oleh pembangkang di Parlimen. 

8)   INILAH "KUASA RAKYAT" yang telah membuktikan SEMAK DAN IMBANG berjaya di laksana dengan berkesan DEMI MARUAH DAN SUARA RAKYAT. Kerajaan tidak boleh dibiar berdolak dalik dengan janji dan manifesto mereka. 

9)   Muktakhir ini, kerajaan PH banyak mengabui mata rakyat dengan melancarkan PERANG PERSEPSI, dengan cara mereka-reka alasan untuk meletakkan kegagalan mereka menunaikan janji dengan menyalahkan BN. Kali ini mereka terperangkap dgn taktik mereka sendiri. 

10)   Selepas ICERD dan STATUT ROME, kegagalan meminda perlembagaan SECARA KOSMETIK,adalah kegagalan ketiga PH apabila suara rakyat berjaya di pertahan menerusi MUAFAKAT PEMBANGKANG.  
Kalau di negara maju, peristiwa seperti ini sudah pasti membawa kepada PERLETAKAN JAWATAN ATAU PEMBUBARAN PARLIMEN.  Tapi kita tahu Kerajaan PH akan cuba bertahan dengan menggunakan kuasa menindas, menekan dan memfitnah pihak yang tidak menyokong mereka
NAMUN KUASA RAKYAT DAN TAKDIR ILAHI TERNYATA LEBIH BESAR...

Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen KETEREH

No comments:

Post a Comment