Monday, 22 April 2019

5 PERKARA YANG TIDAK DISUKAI MAJIKAN DI DALAM RESUME

Image result for resume

Resume ialah alatan pemasaran diri atau "personal marketing tool." Calon menggunakan resume untuk memasarkan diri kepada majikan. Ada lima perkara yang majikan tak suka tengok dalam resume.


Pertama, majikan tak suka tengok resume terlalu panjang. Cukup dua atau tiga muka surat. Bagi graduan baru, usah lebih dua muka surat. Itu pun sudah cukup panjang. Majikan terima beratus-ratus resume bagi satu-satu jawatan.
Sekiranya resume anda lebih dari satu muka, pastikan perkara utama yang anda nak beritahu kepada majikan diletakkan pada separuh bahagian atas muka pertama resume. Apabila majikan baca, dia tertarik untuk baca lagi. Usah bazirkan separuh bahagian atas muka pertama dengan perkara-perkara remeh seperti tarikh lahir, jantina dan nombor kad pengenalan.
Kedua, majikan tak suka tengok resume tidak ada fokus. Ingat, resume ialah alatan pemasaran diri seseorang calon. Apakah satu perkara yang hendak dipasarkan kepada majikan. Dalam bahasa lain, what are you key messages? Tulis resume bagi mendokong "key message" tersebut.
Usah buat resume seperti tong sampah di mana anda melonggokkan semua benda. Bukan semua pengalaman hidup dan kursus perlu dimuatkan dalam resume.
Ketiga, majikan tak suka tengok gambar dan emel tak sesuai. Gambar profil Facebook atau Twitter mungkin tak sesuai untuk resume. Letakkan gambar profesional. Emel seperti budakkkktoyol@gmail.com atau sexygurllll@yahoo.com amat tidak sesuai. Sekiranya dapat, gunakan emel yang ada nama kita.
Keempat, majikan tak suka tengok design resume yang tak menarik dan berserabut. Gunakan www.canva.com untuk design resume. Selain itu, ada banyak lagi perisian yang boleh digunakan. Jika anda gunakan Word, susun dengan kemas. Buatkan pdf agar resume anda boleh dibaca melalui emel. Sesetegah komputer majikan mungkin tidak ada font yang anda gunakan. Berhati-hati untuk tidak gunakan banyak warna. Sakit mata majikan nak tengok.
Dan, kelima, bagi mereka yang telah lama bekerja, majikan tak suka jika tak ada maklumat pencapaian. Sekiranya anda pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran, nyatakan berapakah jualan tahunan. Jika anda bekerja sebagai penyelia tapak, nyatakan nilai projek yang diselia. Bagi graduan baru atau mereka yang baru bekerja, mungkin tidak ada maklumat pencapaian signifikan yang boleh dimasukkan. Tak mengapa.

No comments:

Post a Comment