Thursday, 20 December 2018

JOM CUCUK JARUM..



Malam semalam saya berjumpa dengan seorang sahabat saya. Umur dia baru 20 tahun dan seorang pelajar kolej di Cyberjaya. Lama beb tak jumpa dia, so kita lepak kat kedai mamak dan berborak macam-macam sampai satu tahap dia bagitahu saya...


"Kerajaan sekarang teruk ea? Dengan kes u turn nya, dengan ICERD nya lagi, tak reti nak handle dok salahkan orang lain."

So, saya pun cakap straight...

"Sebenarnya rakyat Malaysia ni mostly tak tahu tentang pentadbiran negara. Diorang hanya vote sebab figura je, bukan polisi. Macam korang leh tengok, aku sendiri tak faham apa polisi kerajaan sekarang, jual aset and so on"

Dia mencelah...

"Lepas tu nak kenalkan cukai baru lak, cukai media la, cukai gula la blah blah blah (saya tak ingat apa dia cakap)

So tiba masanya saya cucuk jarum...

"Sebenarnya, diorang buat macam tu sebab diorang tahu cukai SST ni akan merugikan kerajaan. So dengan nak tambahkan income kerajaan, diorang kena kenalkan cukai baru untuk mark up balik rugi SST. That is why kenapa kerajaan dulu perkenalkan GST sebab cukai GST sahaja dah cukup untuk bekap semua cukai lain seperti LHDN dan sebagainya. Tu pasal kerajaan dulu tak de pun nak kenalkan cukai mengarut macam sekarang, dulu spotify, joox mana kena cukai, sekarang bakal kena. Itu sebab GST ni bagus"

Dia tanya " So Najib punya plan tu bagus la" ?

Saya jawab....

"Ya, cuba korang tengok polisi beliau, dengan perkenalkan gagasan 1 Malaysia dan juga menarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia, korang tengok pembangunan yang dibuat. Nak negara maju, kena majukan pengangkutan awam. That is why Najib buat MRT, HSR dan ECRL sebab nak mantapkan kemudahan pengangkutan negara dan mengikuti projek "laluan sutera" yang akan berintegrasi dengan negara Asia yang lain. Malah TRX nanti akan jadi pusat kewangan termaju di Asia Tenggara bila ia siap dan Bandar Malaysia akan menjadi hab e- perdagangan Asia yang termaju. Itu pasal aku sokong DS Najib, sebab polisi dia power."

Saya bersambung lagi...

"Kalau ikutkan, polisi beliau sebenarnya bukan pembangunan infra je, tapi pembangunan secara dalaman seperti saham kita naik 9 tahun in a row atau dikenali sebagai "Stock Market Bullish" di mana saham kita sentiasa naik kerana polisi DS Najib dalam pembangunan negara. Selain itu juga dengan polisi beliau, bantuan rakyat dan kenaikan gaji dapat diberikan"

Dia tanya lagi "bukan masa zaman tu rakyat susah ke?"

Saya jawab...

"Tengok sekeliling dan tengok rakan kolej ko, diorang leh bawak keta, ada duit boleh beli handset mahal and so on. adakah menunjukkan diorang susah? Sekarang orang bukan susah sebab tak mampu beli keperluan tapi susah sebab nak beli kehendak. Maslaah inilah yang membuatkan diorang "susah". Tempat keje aku dulu, gaji 1200 ada jugal sanggup beli monthly installment sebulan RM300 for I Phone 7. Adakah tanpa I Phone dia akan mati? Tak, ada banyak lagi alternatif lain korang leh ambil asalkan leh kol, wasep dan internet.

Satu lagi, yang saya respek DS Najib, beliau tak nak rakyat bergantung pada konsep makan gaji je. DS Najib nak rakyatnya berniaga dengan cara yang mudah seperti perniagaan online. Aku jual sambal pedes ngences semua online. Kekadang aku jual kat car boot sale kat kawasan rumah aku. Dengan perniagaan online ni lah rakyat mampu generate income baru yang tak perlu bergantung pada gaji syarikat je malah kerajaan tak leh naikkan gaji mendadak, sebab ia akan mempengaruhi pelabur luar yang ingin melabur pada negara tu, kalah pelabur tengok gaji Malaysia 1500 ringgit, ia adalah caj mahal sangat jadi mereka boleh lari dan tak melabur di negara kita. Jika mereka lari, kerajaan akan rugi, saham jatuh, ringgit kita akan dipengaruhi dan rakyat pun tak dapat peluang pekerjaan. Itu pasal bagi aku gaji penetapan masa tu dah ok since ada benefit lain dari syarikat tuh.

Malah dengan pembangunan infra rakyat sekarang, negara Malaysia mula mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai projek pembangunan seperti MRT, ko cuba check harga kat Cheras yang Ada MRT bapa harga dia sekarang dan notis tak banyak pembangunan di buat di sebelah MRT lepas ia siap? Itulah aku kata, polisi DS Najib ni power. Polisi dia tak akan berlaku sekarang, tapi berlaku dalam 5 hingga 10 tahun untuk generasi akan datang. Untuk anak cucu kia nanti.

Dia tanya lagi "Habis yang kes 1MDB tuh?"

Saya jawab....

"Itu sebenarnya hanya politik je, hakikatnya kerajaan hanya invest 1 juta ringgit untuk penukaran nama syarikat Terengganu apa tah dan jadikan ke 1MDB. Tugas 1MDB sebenarnya nak bangunkan tempat yang terbiar masa kerajaan sebelum DS Najib. Macam TRX, bandar Malaysia, pembangunan masjid and so on. jadi semua pembangunan itu mesti menggunakan hutang, bukan lump sum bayar sebab takut rugi. tak denya negara di dunia membuat projek besar bayar cash. Dia memerlukan hutang bon. Yang 42 Billion tu bukan hilang tapi sebenarnya hutang. Tapi kerajaan sekarang tak mention berapa aset 1MDB, asset dia 51 billion, kalau duit hilang sekalipun 1MDB leh top up balik sebab mereka surplus 9 billion. Tapi, kalau duit hilang, tak kan adanya pembangunan sekarang. Saya boleh simpulkan bahawa 1MDB tu hanya politik retorik semata mata"

Kawan saya mengangguk dan kata "hebat juga polisi Najib"

Saya jawab dan nasihat...

"Benar, nanti bila kau nak vote, ko vote kerajaan bukan pada figura. tapi pada polisi kerajaan, kalau polisi kerajaan bagus, kau vote, tapi kalau pembangkang punya manifesto dan polisi dia make sense dan bagus, ko vote pembangkang. Jangan tengok kerajaan berdasarkan rupa atau cara ceramah dia je, ramai orang leh bagi ceramah politik, tapi tak ramai orang leh buat polisi yang hebat"

Kawan saya mengangguk setuju "Ok, nanti aku tengok macam ne, kalau kerajaan macam taik, memang aku tukar. Best gak lepak ngan ko ni"

"Tak dela aku biasa-biasa je" malu gak saya padahal saya belajar dengan ramai orang.

PS: Saya dah cucuk jarum mempengaruhi orang muda tentang kehebatan kerajaan dulu, anda bila lagi?

#HalimDawson

No comments:

Post a Comment