Monday, 9 July 2018

HANIPA 'KALAU SAYA TUHAN..' REBAH KETIKA PERHIMPUNAN BERSAMA PM


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin rebah dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.




Beliau dilihat rebah atas pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan amanat dalam majlis itu.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang berada di pentas sama terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.
Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.
Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.
Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.
Mohamed Hanipa kemudian dibawa hospital dengan menaiki ambulan. 

NOTA : Hanipa Maidin MP Sepang telah mencetuskan kontroversi di Dewan Rakyat tahun lepas dengan menyebut “Jika Aku Tuhan” dan tidak mahu tarik balik walau dirayu banyak kali termasuk oleh rakan2 beliau sendiri...

No comments:

Post a Comment