Saturday, 26 May 2018

KAVITHA ARULJOTHI GESA KERAJAAN PH HAPUS INSTITUSI AGAMA ISLAM NEGARA INI


KUALA LUMPUR - Seorang wanita menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan institusi agama Islam di negara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan sebagainya.


Kavitha Aruljothi melalui laman Twitter sebentar tadi berkata isu berkaitan agama adalah merupakan hak peribadi dan adalah tidak wajar kerajaan mengunakan dana awam untuk membiayai institusi berkenaan.

“Kepada @chedetofficial (Tun Mahathir) dan rakan-rakan, langkah membubarkan SPAD & JASA merupakan satu pembaharuan yang baik. Mohon pertimbangkan untuk turut mengambil langkah sama terhadap Jakim, Jais dan lain-lain.

“Agama adalah merupakan hak peribadi. Membelanjakan berbilion-bilion dana awam ke atas penguatkuasaan agama dalam masyarakat sekular adalah tidak wajar,” tegasnya.

Kavitha kemudianya menjelaskan pihaknya bukan berniat untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan hanya mempersoalkan tindakan mengunakan dana awam semata-mata untuk membiayai penguatkuasa agama.



“Saya tidak mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi. (Namun) hanya merujuk kepada penguatkuasaan agama yang boleh dilakukan tanpa mengunakan dana awam,” jelasnya ketika dibidas berhubung kenyataan tersebut.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad awal tahun lalu pernah menyatakan, PH bersedia untuk mengkaji semula kedudukan Jakim, sama ada perlu dikekalkan ataupun dihapuskan.

Ia ekoran daripada desakan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mempersoalkan kewujudan Jakim.

No comments:

Post a Comment