Monday, 12 March 2018

LGBT SEMAKIN MELAMPAU !


Gejala lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Malah, golongan ini dilihat semakin berani apabila melakukan himpunan supaya amalan songsang itu diterima.

Baru-baru ini, golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) oleh NGO dan aktivis hak asasi manusia telah membuat himpunan sempena Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur.
Ketika himpunan terbabit, mereka berkumpul di sekitar Stesen LRT Masjid Jamek sambil memegang sepanduk dan poster dengan seruan golongan itu dapat diterima dari bentuk gender dan orientasi seks terlarang.
Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan tuntutan golongan itu sangat keterlaluan selain bertentangan dengan nilai agama, nilai budaya di Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam sebagai agama negara.
“Mereka mengiktiraf transwomen dan lesbian sebagai satu gender dan orientasi seks yang perlu diterima masyarakat. Semua itu bertentangan dengan nilai agama, budaya dan Perlembagaan. Bahkan, ia juga menyalahi fakta sains dan nilai kesihatan serta kesejahteraan,” katanya.
Beliau berkata, elemen seperti bertentangan dengan agama ini seharusnya ditentang daripada terus merebak. Amalan songsang ini juga sebenarnya boleh memusnahkan struktur kekeluargaan
“Sepatutnya elemen yang bertentangan dengan nilai agama, masyarakat dan Perlembagaan ini dikekang. Walaupun ia bersadurkan hak asasi manusia, seakan membela wanita, tapi bagi jangka masa panjang, ia memusnahkan struktur kekeluargaan dan seterusnya masyarakat,” katanya. –utaranews

No comments:

Post a Comment