Monday, 12 March 2018

AKTIVIS WANITA PAKATAN HARAPAN SERU WANITA JANGAN MENUTUP AURAT !!

Image result for Maryam Lee

Kenalkah anda dengan wanita di dalam gambar di atas?
Beliau adalah Maryam Lee, seorang aktivis pro-Pakatan Harapan (PH) yang cuba berlagak menjadi tuhan baharu!


Ketika Allah SWT memerintahkan wanita Islam menutup aurat sebagaimana maksud ayat di dalam ayat 31 Surah An-Nur, Maryam Lee dipetik portal tempatan Menara.my dengan angkuhnya dilaporkan sedang menawarkan bantuan sokongan moral kepada gadis-gadis Muslimah yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung.



Menerusi Projek Dialog dilancarkannya pada tahun lalu dengan matlamat bagi memastian wanita Islam melucutkan hijab, beliau turut menyediakan pertolongan jika hasrat golongan itu tersekat akibat ketakutan dan stigma kolot.
Bekas Muslimah bertudung tersebut dikhabarkan mengumumkan seruan biadab itu menerusi laman sosial Twitter miliknya pada 6 Mac lalu setelah kempen londehkan tudung anjuran beliau gagal mendapat sambutan ramai.
Maryam Lee dengan bangga berkata, “Saya menawarkan telinga saya untuk gadis yang dalam proses untuk menjadi mantan orang yang memakai tudung tetapi masih lagi ragu-ragu atau dilemahkan oleh ketakutan dan stigma.
“Hubungilah saya bila-bila masa, kita boleh bincang perjalanan pembebasan kita bersama.” Status kicauan beliau itu bagaimanapun gagal menerima reaksi netizen apabila hanya meraih kurang 20 tanda suka dan 18 komen balas.
Sebelum ini, beliau pernah membayangkan harapannya bahawa suatu hari nanti akan wujudnya suaatu gerakan feminisme secara massa untuk melondehkan amalam hijab kaum Hawa Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, pejuang kempen Undi Rosak itu dengan nada berseloroh berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja saudara dalam iman, juga dia saudara saya dalam sisterhood of unveiling women!
“Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha… Tetapi suatu hari nanti ia mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?” Tulang belakang Projek Dialog itu sendiri telah membuat keputusan untuk tetap menanggalkan tudungnya.
“Ia berlaku ketika berusia 25 tahun setelah memakainya semenjak kecil lagi, dan mendakwa dia pernah menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarganya sendiri jika didapati dirinya tidak lagi memakai tudung menutup rambut.
“Saya dipaksa memakai hijab di kepala sejak berusia sembilan tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal hadapi ancaman ahli keluarga.
“Bayangkan sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab. Ketika memasuki usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan diri saya sendiri.
“Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan menjadi diri saya sendiri dan saya akan berasa lebih gembira,” tegas beliau yang dipetik portal berkenaan lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment