Thursday, 13 April 2017

TATI SKINCARE : AWAS! PRODUK TIRUAN

No automatic alt text available.

Assalamualaikum dan selamat petang.
Tati Skincare telah diperkenalkan sejak 2014 dan kini telah 3 tahun bertapak di dalam industry kecantikan. Ribuan pengguna telah memilih kami sebagai solusi masalah kulit wajah dan produk berkaitan kecantikan dan sokongan berterusan ini membolehkan kami terus komited memberikan produk-produk terbaik dan selamat buat pelanggan-pelanggan kami.

Namun begitu, imej dan nama baik kami telah terjejas dengan kemunculan produk tiruan yang jika dilihat sekali imbas, sukar dibezakan dengan produk asli keluaran kami. Kemunculan produk tiruan ini menyebabkan dua produk kami iaitu tati Night cream dan tati treatment cream telah diarahkan dihentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami sehingga kini telah memenuhi kesemua kehendak-kehendak KKM dalam menentukan produk-produk kami selamat digunakan dan kami percaya, arahan penjualan & pengedaran ini adalah berpunca daripada kemunculan produk tiruan yang kini berlegar di pasaran. 
Berikut adalah panduan untuk para pelanggan mengenal pasti perbezaan produk asli & tiruan bagi mengelakkan kesan buruk penggunaan produk tiruan.









No comments:

Post a Comment