Wednesday, 21 December 2016

TAYAR PESAWAT AIRASIA PECAH KETIKA MENDARAT DI KLIA2 - SEMUA PENUMPANG DAN KREW SELAMAT


21/12/2016, KLIA2 - Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki pecah selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pagi tadi.



Ketika kejadian, pesawat AirAsia penerbangan AK12 dari Chennnai, India itu sedang melakukan pendaratan di Landasan 33.
Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih.



AirAsia dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat dan telah dikeluarkan daripada pesawat berkenaan.
“Kami memohon maaf di atas kejadian itu, dan ketidakselesaan yang dialami oleh semua tetamu kami,” katanya. - ismaweb


No comments:

Post a Comment