Saturday, 5 November 2016

SAPA KATA GAS LPG AKAN NAIK HARGA RM7 ???


Khabar angin yang mengatakan harga gas memasak (LPG) akan naik seperti yang diviralkan oleh seorang individu dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.


Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Suhaimi Mat Sari berkata, orang ramai diminta jangan percaya dengan apa yang diviralkan itu kerana ia tidak mendapat pengesahan daripada pihak KPDNKK.



Menurut beliau, orang ramai sebaliknya diminta merujuk kepada pihak KPDNKK untuk mendapatkan pengesahan berhubung harga gas LPG.
Katanya, setakat ini harga runcit gas LPG masih ditetapkan oleh kerajaan iaitu untuk gas LPG 12 kilo RM22.80 sen setong manakala bagi 14 kilo RM26.60 sen setong.
“Bagi saya, individu yang tidak bertanggungjawab ini cuba menimbulkan huru hara dan suasana panik di kalangan rakyat dan saya harap orang ramai jangan percaya apa yang diviralkan itu, padamkan (delete) sahaja,’’ katanya.
Suhaimi membuat penjelasan itu sebagai mengulas khabar angin akan berlaku kenaikan RM7.00 pada harga gas LPG selepas 7 November ini seperti yang diviralkan oleh seorang individu dalam bahasa Tamil semalam.
Menurut beliau, isu harga gas LPG itu tidak sepatutnya diviralkan oleh individu terbabit kerana ia boleh menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat apatah lagi isu minyak masak yang masih menekan rakyat ketika ini.

No comments:

Post a Comment