Saturday, 19 November 2016

IBU TUNGGAL MELECUR SELURUH BADAN DAN MUNTAH DARAH SELEPAS MAKAN UBAT SAWAN DARI HSNZ


Seorang ibu tunggal dari Perumahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Banggol Paradong, Manir, di sini, melecur seluruh tubuhnya selepas memakan sejenis ubat sawan yang dibekalkan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 16 Oktober lalu.

Nor Azliza Nawi, 34, berkata, dia hanya makan separuh daripada ubat tablet yang dibekalkan HSNZ kepadanya untuk mencegah serangan sawan.
“Saya memang bergantung kepada ubat sawan sejak usia 15 tahun, namun pada 16 Oktober baru-baru ini, pegawai perubatan HSNZ memberikan ubat lain untuk tujuan itu.
“Ubat itu dimakan separuh saja sebelum ia memberikan tindak balas menakutkan apabila saya muntah berdarah sebelum dibawa ke HSNZ untuk rawatan,” katanya, semalam.
Menurutnya, kesan ubat itu bertambah serius apabila muka dan badannya melecur seolah-olah terkena api.
Sumber: Metro

No comments:

Post a Comment