Friday, 18 November 2016

DEMO BERSIH KEJAYAAN DAP PECAH BELAHKAN MELAYU ???

 

Daripada tinjauan yang dibuat, kebanyakan Kuning atau Merah yang sedang menyusup masuk ke tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur atau berkumpul di beberapa point penting sebelum perarakan esok, hampir kesemuanya berwajah dan berkulit Melayu. Cakapnya pun Melayu.


Amat menarik sebenarnya!

Kuning memperjuangkan kebebasan Ambiga dan Maria Chin Abdullah yang turut disokong oleh Mahathir selain didokong pula oleh kebanyakan ahli PKR dan PAN. Segelintir kecil adalah ahli-ahli PAS yang sebenarnya HARUMMANIS, atau berkulit hijau tetapi isinya berwarna oren.




Merah pula memberikan alasan kewujudan mereka sebagai mempertahankan Perlembagaan yang cuba dirobohkan oleh Kuning yang dibiayai oleh Soros. Merah dituduh dibiayai oleh UMNO.

Justeru, Merah perlu ditentang habis-habisan kata Kuning kerana di belakang mereka adalah UMNO. UMNO pula adalah perosak negara. Soros yang tangannya ada dalam setiap negara bergolak, termasuklah di Eropah pula, cuba disenyapkan, bahkan dihilangkan.

DAP adalah pemain utama dalam isu BERSIH dan Kuning selain kebencian kepada Merah dan UMNO.

BERSIH sendiri dikuasai pemikiran dan dasarnya oleh DAP.

Walaupun DAP menerusi BERSIH menuntut agar pimpinan negara bersih, tetapi itu hanya untuk UMNO dan Melayu-Bumiputera sahaja. DAP yang terpalit dengan pelbagai skandal, terutama melibatkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Chen Man Hin yang menjadi bilionaire menerusi urusniaga dengan FGV yang cuba dihancurkan oleh DAP, Tony Pua yang menjual syarikat ITnya dengan harga puluhan juta ringgit dengan kerajaan, penguasaan penuh Betty Chew dan anak perempuan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan sebagainya, tidak peduli itu semua.

Hakikatnya, DAP telah berjaya.

Berjaya kerana dapat mengalihkan kejahatan mereka kepada pihak lawan. Apatah lagi di kalangan UMNO dan Barisan Nasional sendiri amat 'kecut' untuk berhadapan dengan para peguam yang dilatih khas oleh DAP.

13 Mei 1969, DAP secara langsung terlibat dalam peristiwa berdarah itu. Oktober 1987, selepas Projek Tanjong Lim Kit Siang gagal, DAP cuba menjadikan isu 'Amukan Prebet Adam' untuk menjatuhkan UMNO termasuklah menerusi 'kerjasama Lee Kim Sai dari MCA', sehingga kemudiannya mencetuskan pula perhimpunan Pemuda UMNO di Stadium TPCA Kampung Bharu. DAP sedar, untuk berhadapan dan mengalahkan UMNO, mereka tidak boleh ke hadapan.

Apa yang dilakukan selepas itu adalah membuat pelbagai tuntutan, termasuklah tuntutan ke atas sekolah-sekolah vernakular menerusi NGO-NGO seperti Dong Zhong dan Suqui yang akhirnya diterima oleh Presiden UMNO pada waktu itu sehinggakan sekolah-sekolah vernakular yang tidak diperakui oleh Perlembagaan Malaysia, diterima sebagai sebahagian daripada komponen pendidikan negara menerusi Pekeliling Kementerian Pelajaran. Kemudian, pada tahun 1999, apabila perpecahan akibat Reformasi berlaku, DAP memasukkan jarum dengan menyebelahi Anwar Ibrahim dan PKR setelah gagal dalam kerjasamanya dengan Semangat 46 pada tahun 1990.





Perubahan rancangan secara besar-besaran dibuat oleh DAP menerusi pembiayaan dana luar negara yang dipecahkan oleh salah seorang ahli DAP bernilai lebih RM1.2 bilion tetapi enggan diperjelaskan oleh DAP kecuali membuat penafian kosong.

Dan selepas tahun 2003, DAP kelihatan sangat kukuh terutama sekali pada tahun 2008 apabila semua komponennya mulai bergerak.

Kini fasa yang ditunggu-tunggu oleh DAP iaitu membalas dendam, telah pun bermula.

19 November bakal menyaksikan perhimpunan Melayu terbesar di Kuala Lumpur yang dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu KUNING dan MERAH. SUMBER

No comments:

Post a Comment