Tuesday, 25 October 2016

PEMBANGKANG BERTERUSAN SEBARKAN FITNAH


Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.


Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan "Top STEM talent" di Akademi Sains Negara. 


Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadi TERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun.

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN?

Tepuk dada tanya selera.

RIZAL MANSOR

No comments:

Post a Comment