Saturday, 22 October 2016

#BAJET2017 : ANGGOTA PARLIMEN KELUAR DEWAN UMPAMA BUDAK HINGUSAN TAK DAPAT GULA-GULA... HA! HA! HA!


SEMALAM... seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan secara live dikaca tv masing-masing beberapa Anggota Parlimen pembangkang mengangkat poster dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2017.


Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen daripada Pakatan Harapan (konon) yang mengandungi parti PKR, DAP dan Amanah berbuat demikian ketika Najib yang juga Menteri Kewangan mula menyebut sesetengah pihak mendakwa Bajet 2017 sebagai sandiwara.

Inikah wajah-wajah pemimpin yang kononnya hebat yang menjadi sanjungan dan idola rakyat Malaysia ?

Terdahulu semasa Najib sedang membentangkan bajet, kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan telah bertindak keluar dewan sambil memegang plakad “Siapa MO1?”.

Bagaimanapun, tindakan mereka ini telah menimbulkan kritikan dari banyak pihak termasuklah anggota parlimen, pakar akademik, pengamal media sosial dan orang perseorangan.

Perdana Menteri sebelum itu dilihat telah beberapa kali cuba menyindir pihak pembangkang termasuklah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI), PKR dan DAP. Sindiran itu menyebabkan para pemimpin mereka yang berada bertentangan dengan Najib telah “panas telinga” dan tidak mampu mendengarnya dengan lebih lanjut.

Namun begitu, bukan semua parti pembangkang turut serta keluar dewan. Parti PAS dan Parti Warisan Sabah tidak mengikut permainan persepsi DAP, PKR dan PAN serta sekutunya untuk keluar dewan tetapi menjelaskan bahawa parti itu bukanlah “pemakan dedak”.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, tidak semua perkara PAS bersetuju dengan BN. Namun ia haruslah diselesaikan secara baik dan ilmiah.

Selepas 'beruk-beruk Parlimen' yang membuat kecoh di dalam dewan, Perdana Menteri berkata, "Saya percaya Yang Dipertua... rakyat seluruh negara dapat menilai  perangai pembangkang, namun saya ucapkan terima kasih yang ada dalam dewan ini lagi," kata Najib meneruskan pembentangannya dengan serangkap pantun.

Lihat Teks Penuh Pembentangan Bajet 2017 ... klik di sini

No comments:

Post a Comment