Tuesday, 25 October 2016

AWAS ! BURGER DAGING BABI P.RAMLY KINI DI PASARAN !!!


Sebuah rangkaian restoran makanan segera tidak halal yang beroperasi di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan, dikesan menawarkan menu BURGER DAGING BABI.


Burger yang dinamakan P.Ramly itu bagaimanapun, mula dibantah oleh orang ramai.



Seorang eksekutif swasta Nurhafezah Che Haludin, 20, berkata beliau nyaris terbeli burger itu kerana iklan mengenainya ditempatkan di laluan awam dalam pusat beli belah dekat Damansara. 

“Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini mengelirukan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh BH. 

Pengadu lain pula yang dikenali sebagai Jasmin, menyifatkan isu berkenaan lebih serius, berbanding tanda nama 'hotdog' yang sudah diketahui kandungan bahan makanan berkenaan.

"Kenapa perlu guna nama P Ramly, sedangkan banyak nama lain tidak mirip Melayu serta bukan nama Seniman Agungtanah air, boleh digunakan bagi menarik perhatian pelanggan bukan Islam," katanya.

Jasmin yang tidak berpuas hati tindakan restoran itu turut membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta meminta pihak berkuasa bertindak.

Tinjauan BH susulan maklumat yang diterima, mendapati menu burger terbabit diperkenalkan rangkaian restoran itu sejak 31 Ogos lalu, yang ditawarkan pada harga RM9-90 bagi satu set.

'P' merujuk kepada 'pork'Ketika tinjauan terhadap restoran itu di pusat beli-belah dekat Damansara semalam, pekerja restoran berkenaan menjelaskan 'P' pada menu itu merujuk kepada pork atau daging babi yang digunakan.

Pekerja itu mendakwa, nama Ramly yang digunakan untuk menu berkenaan adalah nama biasa dalam kalangan rakyat negara ini.

Semakan BH mendapati,  rangkaian restoran terbabit juga dipercayai beroperasi menggunakan trak makanan dan turut dipromosikan menerusi laman sosial Facebook.

Pengunjung pusat beli-belah itu, Nur Alia Abdullah Tahir, 21,menyifatkan nama burger yang digunakan restoran terbabit mengelirukan,selain kelihatan tidak menghormati Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta pengguna Melayu.

"Walaupun ejaan berbeza tetapi sebutan bunyinya hampir sama. P.Ramlee adalah nama besar di negara ini," katanya.

Eksekutif swasta, Nurhafeezah Che Haludin, 20, mendakwa nyaris terbeli burger terbabit kerana iklan mengenainya ditempatkan pada laluan awam dalam pusat beli-belah dekat Damansara itu.

"Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini menimbulkan kekeliruan," katanya.


Difahamkan, pihak JAKIM sedang mengkaji berkenaan isu ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


No comments:

Post a Comment