Tuesday, 19 July 2016

WANITA MELECUR DISAMBAR API KETIKA JAWAP PANGGILAN HP DI STESEN MINYAK TELAH MENINGGAL DUNIA

Masih ingat tak lagi mengenai seorang wanita rakyat Malaysia  yang melecur teruk gara-gara mahu menjawab panggilan telefon bimbitnya ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Setapak, Kuala Lumpur....???

Wanita Jawab HP Di Stesen Minyak Telah Meninggal Dunia


Setelah tiga minggu bertarung nyawa, wanita berkenaan akhirnya disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu, lapor China Press.
Difahamkan, mangsa yang melecur 60% menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan kuman.
Pada 28 Jun lalu, mangsa yang berusia 25 tahun melecur teruk selepas disambar api tatkala mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Taman Setapak Indah, Setapak.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran berkata, ketika kejadian satu letupan kecil berlaku namun kereta Axia milik mangsa tidak terbakar.
“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment