BEIJING - CHINA. Kementerian Luar China menafikan laporan syarikat makanan China mengetin daging manusia dan menjualnya ke negara Afrika.
Memetik Agensi berita Xinhua, sebuah akhbar tabloid di Zambia melaporkan seorang wanita dipetik sebagai berkata, syarikat di China mengumpul mayat manusia, memerapnya sebelum membungkus dalam tin.
Jurucakap China, Hong Lei berkata, laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Duta Besar China ke Zambia, Yang Youming berkata, laporan itu bertujuan untuk memusnahkan kerjasama sekian lama antara kedua-dua negara.
"Sebuah akhbar tabloid tempatan secara terbuka menyebarkan khabar angin dengan mendakwa China menggunakan daging manusia untuk membuat daging perap dalam tin dan menjualnya ke Afrika.
"Ini adalah satu fitnah yang berniat jahat dan sememangnya tidak boleh diterima kami.
"Kami melahirkan kemarahan dan mengutuk keras penyebaran fitnah itu," katanya dipetik BBC.
Foto yang menunjukkan mayat sebenarnya adalah dari aksi pemasaran pada tahun 2012 untuk permainan video Resident Evil 6.
Foto penjual daging menjual daging manusia palsu di Pasar Smithfield di London dan gambar yang sama muncul di Zambia minggu lalu.
Timbalan Menteri Pertahanan Zambia, Christopher Mulenda berkata, kerajaan akan melancarkan siasatan terhadap laporan itu.
"Kerajaan Zambia kesal dengan kejadian itu yang akan mengeruhkan hubungan antara Zambia dan China.
"Kami akan memastikan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan menjalankan siasatan terperinci dan akan memberi kenyataan yang menyeluruh sebaik selesai," ujarnya.
Zambia mempunyai komuniti migran China yang menjalankan perniagaan dalam industri runcit dan pembinaan.
China juga merupakan pengimport utama eksport utama, tembaga Zambia dan telah melabur sejumlah wang ke dalam industri perlombongan negara itu. SUMBER
No comments:
Post a Comment